Utusan Borneo (Sabah)

21 asnaf terima sumbangan ICU JPM

-

MIRI: Pejabat Pembanguna­n Negeri Sarawak Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) menyantuni golongan miskin tegar di sekitar kawasan Miri.

Ketua Penolong Pengarah Zon Miri Azrianie Assahari berkata, penerima merupakan individu yang tersenarai dalam e-Kasih dalam kategori B40.

“Kakitangan kita bergerak ke lokasi berasingan bagi menghantar bakul makanan dan sumbangan duit raya kepada 21 penerima yang layak,” katanya di sini semalam.

Azrianie berkata, kesemua penerima dijejaki dalam sistem e-Kasih dan bantuan diagihkan kepada penerima di Kampung Tudan, Lutong, Pulau Melayu, Pujut dan Kampung Lereng Bukit.

“Kami berharap menerusi Program Kasih Ramadan dan Prihatin Syawal ini mampu mengurangk­an beban dan memberi keceriaan kepada mereka dalam membuat persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri,” jelasnya.

Beliau berkata, program yang diadakan hampir setiap tahun ini telah memberi manfaat kepada lebih 100 golongan asnaf miskin sejak ia mula dilaksanak­an.

“Tahun lalu kita tidak dapat melaksanak­an program yang sama disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun tahun ini niat kita menyampaik­an sumbangan diteruskan dan berjalan lancar,” ujarnya.

Hadir sama menyampaik­an sumbangan ialah Pembantu Perangkaan Soffie Jos.

 ??  ?? MENYANTUNI: Azrianie bersama kakitangan Pejabat Pembanguna­n Negeri Sarawak ICU JPM menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang penerima di Miri semalam.
MENYANTUNI: Azrianie bersama kakitangan Pejabat Pembanguna­n Negeri Sarawak ICU JPM menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang penerima di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia