Utusan Borneo (Sabah)

Hanya penerbanga­n kargo dari dan ke India dibenarkan sejak 28 April: Wee

-

PUTRAJAYA: Hanya penerbanga­n kargo dari dan ke India yang dibenarkan memasuki Malaysia sejak 28 April lepas, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, berkuat kuasa tarikh itu, penerbanga­n pesawat penumpang Malaysia Airlines Berhad (MAB) dari dan ke India tidak dibenarkan memasuki Malaysia susulan keputusan mesyuarat Majlis Keselamata­n Negara (MKN) yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas dakwaan bahawa terdapat penerbanga­n MAB dari India dibenarkan memasuki Malaysia sehingga menjadi tular, Wee menerusi kenyataan semalam berkata penerbanga­n MH yang tular itu adalah penerbanga­n kargo sahaja.

Wee berkata, mengubah penerbanga­n penumpang kepada kargo atau penumpangk­e-kargo telah menjadi amalan MAB selama berbulan-bulan sebelum ini berikutan pandemik COVID-19.

“Penerbanga­n bagi pesawat penumpang juga kosong dan digunakan untuk membawa barangan seperti barang farmaseuti­kal, bekalan perubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan penghantar­an,” katanya.

Beliau berkata pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM), MASkargo di bawah kendalian MAB dan Suruhanjay­a Penerbanga­n Awam (Mavcom) juga mengesahka­n perkara itu.

Wee berkata beliau juga telah mengadakan mesyuarat secara maya dan berkomunik­asi secara peribadi dengan semua pihak berkepenti­ngan berdasarka­n keputusan mesyuarat MKN mengenai penerbanga­n dari India.

Mengenai kes pekerja asing India dengan pas yang sah memasuki Malaysia, Wee berkata beliau telah menyemak perkara itu dengan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan mengesahka­n kes itu berlaku ‘lebih awal’ iaitu pada 10 April.

“Pengembara bukan rakyat Malaysia dari India tidak dibenarkan memasuki atau transit di Malaysia pada masa ini,” katanya dan menambah pengecuali­an bagaimanap­un diberikan kepada rakyat Malaysia yang memasuki negara ini dari India tanpa melalui imigresen dan kastam.

Dr Noor Hisham dilaporkan berkata Malaysia telah mengesan kes pertama varian COVID-19 dari India dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1.

Kes itu melibatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mumbai, India dan memasuki Malaysia menggunaka­n pas pekerja pada 10 April sebelum diuji positif COVID19 di pintu masuk antarabang­sa pada hari yang sama, kata Dr Noor Hisham.

Wee berkata MAB juga melarang kakitangan penyelengg­araan dari India daripada memasuki pesawat yang berkenaan.

“Semua kru iaitu juruterban­g, jurutera dan seorang kru kabin kekal berada di dalam pesawat,” katanya.

Wee berkata, pekerja asing yang memegang pas pekerja sementara, pekerja perniagaan dan pelajar antarabang­sa dari India turut dikenakan sekatan sama berkuat kuasa 28 April.

Pelajar dan pekerja warga Malaysia, ahli keluarga mereka dan pasangan bukan rakyat Malaysia kembali ke Malaysia dari India dibenarkan tetapi perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia