Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia tidak sekat daging dari India kerana tiada kontaminas­i jangkitan COVID-19

-

PUTRAJAYA: Malaysia belum memutuskan untuk menyekat kemasukan bekalan daging lembu dan produk berasaskan makanan dan ternakan yang dimport dari India kerana tiada kontaminas­i jangkitan COVID-19 dilaporkan, kata Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar Datuk Dr Norlizan Mohd Noor.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmat­an Veterinar telah menjalanka­n ujian makmal terhadap 400 sampel produk makanan dan ternakan sejak pandemik COVID-19 melanda negara dan keputusan ujian semuanya adalah negatif.

“Kita belum putuskan untuk hentikan import daging dari India atas dua sebab iaitu sumber daging yang diimport adalah hanya dari rumah sembelih yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ia sentiasa dipantau.

“Keduanya, secara saintifik virus COVID-19 tidak boleh meresapi ke dalam sel haiwan dan pemantauan terhadap semua produk yang masuk mendapati tiada kontaminas­i jangkitan COVID-19 terhadap produk serta bungkusann­ya,” katanya kepada pemberita seleas majlis pelancaran Program My Best Buy Aidilfitri oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di sini semalam.

Sementara itu, Norlizan berkata Jabatan Perkhidmat­an Veterinar bersama Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (Maqis) akan terus memantau produk makanan dan ternakan yang dibawa masuk ke negara ini.

“Setiap produk yang masuk akan diperiksa dengan sampelnya akan dibawa ke makmal… proses permeriksa­an untuk kita tahu sama ada sesuatu produk itu mempunyai jangkitan tidak akan ambil masa tiga hari,” katanya.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang dengan kemasukan produk makanan dan ternakan dari negara luar kerana ia sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIADA SEKATAN: Dr Norlizan (kanan) berkata Malaysia tidak berhasrat menyekat kemasukan daging dari India kerana tiada pencemaran jangkitan COVID-19 dilaporkan terhadap produk berasaskan makanan dan ternakan yang diimport ke negara ini.
— Gambar Bernama TIADA SEKATAN: Dr Norlizan (kanan) berkata Malaysia tidak berhasrat menyekat kemasukan daging dari India kerana tiada pencemaran jangkitan COVID-19 dilaporkan terhadap produk berasaskan makanan dan ternakan yang diimport ke negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia