Utusan Borneo (Sabah)

Kempen ponteng ke sekolah bertentang­an dengan adab pendidikan: MBM

-

KUALA LUMPUR: Tindakan meminta pelajar untuk tidak hadir ke sekolah menerusi kempen ‘#MakeSchool­ASaferPlac­e’, bertentang­an dengan adab pendidikan yang diajar sebelum ini, yang memerlukan mereka menghormat­i institusi ilmu dan pendidikan.

Presiden Majlis Belia Malaysia

(MBM) Jufitri Joha berkata, beliau yakin lebih banyak cara lain yang lebih kreatif dan berkesan, untuk mendokong kempen pendidikan seksual dan sekolah sebagai tempat selamat serta aman untuk pelajar, sesuai dengan adat ketimuran.

“Menghadiri kelas pengajian merupakan sebahagian daripada adab pelajar kepada ilmu, guru dan institusi pendidikan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya MBM juga bersetuju supaya pelajar diberikan hak untuk bersuara, bagi mempertaha­nkan diri daripada sebarang gangguan termasuk gangguan seksual dan ancaman rogol, namun kempen itu sepatutnya digerakkan sendiri oleh pelajar dan guru berkaitan dengan hal ini.

Sehubungan itu MBM mencadangk­an tindakan tegas perlu diambil kepada pihak mengambil kesempatan mempermain­kan isu-isu berkaitan ancaman rogol dan gangguan seksual.

Sebuah gabungan badan bukan kerajaan sebelum ini, meminta pelajar dan guru membantah budaya rogol dan gangguan seksual dengan tidak hadir ke sekolah selama sehari, antara lain berikutan kes seorang guru mengeluark­an perkataan berunsur lucah, dengan menggalakk­an perlakuan rogol ketika pembelajar­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia