Utusan Borneo (Sabah)

25 maut nahas bot di Bangladesh

Lagi tragedi di sungai babitkan pertembung­an dengan kapal

-

DHAKA:Sekurang-kurangnya 25 orang terkorban dalam pertembung­an di antara bot dan kapal di tengah Bangladesh semalam, menurut polis.

“Kami telah menyelamat­kan lima orang dan mengeluark­an 25 mayat,” ketua polis tempatan Miraz Hossain memberitah­u AFP.

Pertembung­an berlaku di antara sebuah bot yang penuh membawa sekurangku­rangnya 30 penumpang dan sebuah kapal membawa pasir di Sungai Padma berhampira­n pekan Shibchar.

Ramai mangsa dilaporkan hilang sementara pihak berkuasa jabatan bomba dan penduduk tempatan meneruskan operasi menyelamat, kata seorang lagi anggota polis.

Kemalangan maritim biasa berlaku di Bangladesh, sebuah negara delta yang berselirat dengan beratus-ratus batang sungai.

Pakar mempersala­hkan penyelengg­araan yang kurang baik, tahap keselamata­n yang tidak ketat di limbungan kapal dan vesel yang terlalu penuh sebagai punca kebanyakan kemalangan itu.

Kapal-kapal yang membawa pasir berlabuh rendah di dalam air dan sukar untuk dilihat dalam keadaan bergelomba­ng, terutama ketika suasana sekitarnya gelap dan suram.

Pada awal April, lebih 30 maut apabila sebuah feri yang terlalu penuh membawa kira-kira 50 penumpang bergegas pulang dari pusat bandar Narayangan­j sebelum kawalan pergerakan COVID-19 dilaksanak­an, berlanggar dengan sebuah kapal kargo yang lebih besar.

PadaJuntah­unlepas,sebuah feri karam di Dhaka selepas dirempuh dari belakang oleh feri lain, mengorbank­an sekurang-kurangnya 32 orang.

Pada Februari 2015, sekurang-kurangnya 78 lemas apabila sebuah kapal yang terlalu penuh bertembung dengan sebuah bot kargo. — AFP

 ??  ?? TRAGIK: Anggota polis memeriksa cebisan bot yang terbabit dalam pertembung­an dengan kapal membawa muatan pasir di Madaripur, semalam.
TRAGIK: Anggota polis memeriksa cebisan bot yang terbabit dalam pertembung­an dengan kapal membawa muatan pasir di Madaripur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia