Utusan Borneo (Sabah)

16 askar, seorang hilang diserang hendap di Niger

-

NIAMEY: Seramai 16 anggota tentera Niger telah terkorban dan seorang hilang selepas satu serangan hendap terhadap satu pasukan peronda di wilayah Tahoua berhampira­n dengan sempadan Mali, menurut beberapa pegawai tempatan kelmarin.

Semasa serangan penyamun Sabtu lepas, angkanya adalah 16 maut, enam cedera dan seorang hilang, kata setiausaha agung bahagian Tahoua Ibrahim Miko menerusi televisyen awam.

Beliau telah menghadiri upacara pengebumia­n Leftenan Maman Namewa, komander pasukan peronda yang telah diserang.

Kawasangur­unTahouaya­ng luas di barat negara terletak berhampira­n sempadan kedua-dua negara Mali dan Burkina Faso serta telah dibelenggu dengan keganasan militan sejak 2012.

Pada Mac satu serangan oleh suspek militan ke atas tiga kampung berhampira­n sempadan Niger dengan Mali menyebabka­n 141 maut, menurut statistik rasmi.

Ia merupakan serangan terburuk yang dilancarka­n suspek militan di Niger sejak beberapa tahun lepas.

Negara termiskin di dunia menurut kepada kedudukan pembanguna­n bagi 189 negara dalam PBB, Niger turut berdepan keganasan Islamis yang merebak dari Mali dan Nigeria.

Serangan di barat Niger sering kali dikaitkan dengan kumpulan yang ada kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda dan Islamic State.

Serangan terhadap orang awam meningkat tahun ini, dengan lebih 300 orang terkorban di beberapa kampung dan kem sementara di barat Niger. — AFP

SYDNEY: Sydney diselubung­i kepulan asap tebal akibat kebakaran hutan yang berbahaya semalam, memaksa pihak berkuasa di bandar terbesar di Australia itu untuk merangka semula pembakaran hutan secara terkawal di kawasan berhampira­n.

Perkhidmat­an feri dibatalkan dan lima juta penduduk di bandar tersebut dimaklumka­n agar tidak keluar dari rumah sekiranya perlu, ketika paras pencemaran udara meningkat.

Paras pencemaran berbahaya adalah PM 2.5, di mana partikel boleh meresap ke dalam paru-paru dan menyebabka­n penyakit masalah pernafasan, antara yang terburuk di dunia dengan lebih 190 pada indeks kualiti udara.

Perkhidmat­an bomba Australia sering kali cuba untuk melakukan pembakaran penguranga­n bahaya di luar bulan musim panas, membersihk­an serpihan di hutan yang boleh menyebabka­n kebakaran.

Namun mereka terpaksa merangka semula rancangan bagi pembakaran seterusnya semalam apabila pencemaran mencapai paras amat bahaya dan beberapa kumpulan kesatuan memberitah­u pekerja agar berhenti bekerja sekiranya asap semakin tebal.

“Angin ringan dan satu pengosanga­n semalaman telah mengakibat­kan kemunculan asap di kawasan tanah rendah,” menurut jabatan bomba.

Kebakaran yang membakar sebahagian timur Australia pada 2019-2020, mengorbank­an 33 orang, memusnahka­n lebih 3,000 rumah dan menyebabka­n Sydney serta beberapa bandar lain diselubung­i jerebu selama beberapa bulan.

Perubahan iklim dipercayai telah membuatkan musim kebakaran lebih panjang dan lebih berbahaya, termasuk mengehadka­n rangka masa ketika kebakaran terkawal boleh dilakukan dengan selamat. — AFP

 ??  ?? AMAT BAHAYA: Gambar yang dirakam kelmarin menunjukka­n asap tebal memenuhi ruang udara ketika kebakaran hutan marak di Sydney.
AMAT BAHAYA: Gambar yang dirakam kelmarin menunjukka­n asap tebal memenuhi ruang udara ketika kebakaran hutan marak di Sydney.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia