Utusan Borneo (Sabah)

Masuk perairan negara bagi menghalang APMM menahan penceroboh

-

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu mengusir tiga kapal penguat kuasa Vietnam yang cuba menghalang APMM menahan tiga bot nelayan negara itu yang menceroboh perairan negara, Khamis lepas.

Pengarahny­a Kapten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata pasukan Pengawasan Sumber Perikanan Vietnam dan Pengawal Pantai Vietnam telah bertindak memasuki perairan negara bagi menghalang Kapal Maritim (KM) Gemia milik APMM daripada menahan tiga bot berkenaan yang disyaki menceroboh dan mencuri hasil laut.

“Pada kedudukan kira-kira 119 hingga 120 batu nautika timur laut Kuala Terengganu, tiga kapal penguat kuasa berkenaan telah menghimpit bot tahanan KM Gemia dan meminta agar bot nelayan mereka dilepaskan.

“Pusat Operasi Maritim Terengganu kemudianny­a mengarahka­n KM Amanah yang berada pada kedudukan 35 batu nautika dari lokasi kejadian untuk tampil memberikan bantuan sebelum memaklumka­n perkara tersebut kepada Pusat Operasi Maritim

di Ibu Pejabat Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau, kecekapan dan ketegasan APMM telah menyebabka­n pasukan penguat kuasa Vietnam itu beredar dari perairan Terengganu.

Muhammad Suffi berkata susulan itu, APMM menahan tiga bot bersama 19 kru termasuk tekong Vietnam berusia antara 21 hingga 61 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Turut dirampas 1.5 tan hasil laut, 4,500 liter diesel serta peralatan menangkap ikan yang kesemuanya dianggarka­n bernilai RM4.5 juta.

“Kesemua tahanan dan rampasan telah diiring masuk ke jeti APMM Terengganu untuk siasatan lanjut. APMM mengambil masa selama 55 jam untuk membawa balik tahanan ke jeti ekoran terdapat dua bot terbabit mengalami kerosakan dan terpaksa ditunda,” katanya.

Sepanjang Op Kuda Laut dilancarka­n bermula Jun tahun lepas, sebanyak 87 bot nelayan asing bersama 960 kru ditahan kerana menceroboh perairan negara dan mencuri hasil laut. — Bernama

Pada kedudukan kira-kira 119 hingga 120 batu nautika timur laut Kuala Terengganu, tiga kapal penguat kuasa berkenaan telah menghimpit bot tahanan KM Gemia dan meminta agar bot nelayan mereka dilepaskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia