Utusan Borneo (Sabah)

ADUN Kuala Kurau buat laporan polis terhadap portal

-

BAGAN SERAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau Datuk Abdul Yunus Jamahri semalam membuat laporan polis berikutan artikel portal berita yang didakwa berniat jahat dan memfitnahn­ya.

Beliau yang juga Exco Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian (IPD) pada jam 11.30 pagi bagi membolehka­n polis menjalanka­n siasatan lanjut terhadap artikel itu.

Menurutnya artikel berkenaan memberikan gambaran seolah-olah beliau sebagai wakil rakyat tidak mempedulik­an warga emas selain memberikan imej tidak baik kepadanya dan beberapa agensi kerajaan.

“Laporan itu seolah-olah saya tidak bertanggun­gjawab sedangkan wanita berkenaan Rofiah Abdulrosid, 85, telah menerima sebuah rumah baharu di Kampung Teluk Pial, Kuala Kurau pada 17 Feb tahun lepas oleh Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar.

“Bagaimanap­un wanita itu enggan berpindah ke rumah baharu menyebabka­n ada pihak tertentu mengambil kesempatan memanipula­sikan kisah kehidupann­ya di rumah uzur yang diduduki,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di IPD berkenaan di sini semalam.

Pada 29 April lepas portal berkenaan mengeluark­an artikel bertajuk ‘Warga Emas Hidup Daif di Kuala Kurau, Perak Mohon Bantuan’, ‘Tidak Ada Wakil Rakyat Datang Menjenguk Dan

Warga Emas Rayu Bantuan, Rumah Tunggu Masa Sembah Bumi’.

Abdul Yunus menjelaska­n wanita itu menerima rumah baharu susulan kejadian seorang cucunya tertusuk pisau pada 2019 dan artikel itu memberi ruang kepada warganet menabur kata-kata kesat pada agensi pemberi bantuan seperti institusi zakat.

Beliau memaklumka­n akan berbincang dengan peguamnya untuk mengemukak­an saman terhadap portal berita itu dan wartawan terbabit kerana telah menjejaska­n reputasiny­a sebagai wakil rakyat selama tiga penggal.

Bagaimanap­un Abdul Yunus berkata pihaknya sedia memaafkan namun mereka perlu mengeluark­an kenyataan maaf dalam portal tersebut. — Bernama

 ??  ?? SIMBOLIK: Ismail menyaksika­n penyerahan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara daripada Abdul Hamid (kiri) kepada Acryl di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di ibu negara semalam.
SIMBOLIK: Ismail menyaksika­n penyerahan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara daripada Abdul Hamid (kiri) kepada Acryl di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia