Utusan Borneo (Sabah)

Acryl Sani mahu PDRM teruskan perjuangan yang belum tamat

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang bakal menggalas jawatan Ketua Polis Negara (KPN) berkuat kuasa hari ini mahu semua kepimpinan Polis Diraja Malaysia meneruskan perjuangan pasukan itu yang belum tamat.

Beliau berkata menjadi KPN adalah tugas yang berat dan tidak boleh dilaksanak­an secara bersendiri­an.

“Menjadi KPN adalah satu tugas yang berat seolah-olah beban diletakkan di atas kedua-dua bahu saya... saya percaya saya tidak mampu untuk menggalas tanggungja­wab ini jika bersendiri­an,” katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas KPN di Bukit Aman di sini semalam.

Ditanya mengenai hala tuju PDRM di bawah kepimpinan beliau sebagai KPN baharu, Acryl Sani berkata perkara itu akan diumum kemudian.

“Saya akan berikan fokus PDRM tidak berapa lama lagi dalam satu sesi khas untuk semua media. Pada sesi itu saya akan bentangkan apakah perkara-perkara yang perlu menjadi fokus utama PDRM,” katanya.

Terdahulu, Acryl Sani menerima tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu PDRM itu disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang mewakili Menteri Dalam Negeri. — Bernama

SEREMBAN: Selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat berkaitan penularan video pelanggara­n prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Nilai Superinten­den Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihak polis telah menjalanka­n siasatan berhubung penularan video itu yang mengaitkan artis tersebut selepas dipercayai berada di sebuah premis perniagaan karpet di kawasan Pusat Perniagaan Nilai 3 dekat sini kelmarin.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan. PDRM menasihati orang ramai mematuhi PKPB. Kegagalan mematuhi perintah ini membolehka­n tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Peraturan 19 PeraturanP­eraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. — Bernama

 ??  ?? AMANAT: Acryl menyampaik­an ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.
AMANAT: Acryl menyampaik­an ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia