Utusan Borneo (Sabah)

KDN komited pastikan kekuatan PDRM dipertingk­at dari semasa ke semasa

-

KUALA LUMPUR: Perbicaraa­n Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini berhubung skandal dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan rayuan berkaitan kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd di Mahkamah Rayuan, telah ditangguhk­an kerana seorang daripada peguam utamanya sedang menjalani kuarantin COVID-19.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee melalui mesej WhatsApp kepada wartawan semalam.

“Kedua-dua kes (SRC dan 1MDB) terpaksa dilapangka­n minggu ini kerana seorang daripada peguam utama pasukan kami menjalani ujian dan kuarantin kerana kontak rapat kepada beberapa pesakit COVID-19 yang disahkan.

“Memandangk­an seluruh pasukan telah bekerja rapat dengan peguam, langkah berjaga-jaga perlu diambil,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib melalui pesanan WhatsApp berkata pihak pembelaan telah memohon penangguha­n Jumaat lepas.

“Mereka menghantar surat ke mahkamah lewat petang Jumaat,” katanya sambil menambah Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membenarka­n permohonan pihka pembelaan.

Semalam, pihak pembelaan sepatutnya memeriksa balas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, yang merupakan saksi pendakwaan ke-10.

Beliau telah memberi keterangan sejak September tahun lalu.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunaka­n kedudukann­ya untuk mendapatka­n rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah sama.

Bagi kes SRC, Najib mengemukak­an rayuan terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhka­n hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan CBT, pengubahan wang haram dan menyalahgu­nakan kedudukan membabitka­n RM42 juta dana milik SRC Internatio­nal.

Pendengara­n rayuannya dalam kes SRC ditetapkan untuk bersambung pada Khamis ini. — Bernama

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) komited dalam memastikan kekuatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertingk­at dari semasa ke semasa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata selain itu, KDN juga akan terus memberikan kerjasama khususnya dalam menjaga kebajikan anggota serta pegawai PDRM selain memastikan peranan serta fungsi pasukan itu kekal relevan.

“Sesuai dengan pelantikan diterajui Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara, kerajaan percaya nama baik PDRM dapat dipertingk­atkan ke peringkat lebih tinggi selain berhasil menentukan keselamata­n, keamanan dan kesejahter­aan negara terpelihar­a,” katanya.

Hamzah berkata demikian dalam teks ucapan beliau yang dibacakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk

Seri Ismail Mohamed Said pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara di Mes Pegawai Bukit Aman di sini semalam.

Pada majlis itu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyerahka­n tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada timbalan beliau Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. Pelantikan Acryl Sani berkuat kuasa hari ini.

Hamzah turut menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Abdul Hamid atas sumbangan serta khidmat bakti dicurahkan kepada masyarakat dan negara sepanjang berkhidmat dalam PDRM dan menerajui pasukan Sang Saka Biru itu.

“Demi kepentinga­n warga PDRM seluruhnya, saya percaya legasi pemimpin terdahulu dapat diteruskan di samping memberi suntikan nafas baharu agar pasukan ini kekal ampuh sebagai pasukan disegani dan dihormati,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hamid ketika berucap selepas penyerahan tugas itu menyeru semua warga PDRM agar melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab dengan penuh amanah dan intergriti dan yakin Acryl Sani mampu memacu PDRM dengan lebih cemerlang. — Bernama

TELUK INTAN: Gara-gara memandu lori yang tidak memiliki cukai jalan sejak 12 tahun lepas, seorang pemandu lori membawa muatan sawit cuba meloloskan diri sebelum berjaya ditahan di Plaza Tol Teluk Intan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), di sini semalam, menerusi Op Perdaganga­n (timbang berat).

Lori itu yang merupakan antara 10 kenderaan berat ditahan dalam operasi terbabit turut dikesan melakukan kesalahan membawa lebih muatan selain keadaan tayar yang sudah botak.

Operasi bermula pada 8 pagi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak serta anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di beberapa lokasi sekitar Teluk intan dan Hutan Melintang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata pemeriksaa­n mendapati kebanyakan kenderaan berat itu membawa lebih muatan ditetapkan dan kesalahan lalu lintas lain termasuk tiada cukai jalan melebihi 12 tahun.

“Satu daripada lori yang ditahan merupakan lori sawit dipandu seorang lelaki berumur 41 tahun yang didapati tiada cukai jalan lebih 12 tahun dengan keadaan kenderaan itu sudah uzur termasuk tayar sudah botak.

“Pemandu berkenaan mempunyai lesen memandu dan dia mendakwa terpaksa akur mengikut arahan majikan yang mahu kenderaan berat itu terus beroperasi,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di IPD Hilir Perak, di sini semalam.

Ahmad Adnan berkata dalam operasi tersebut, pihaknya turut menyita lima kenderaan berat kerana salah guna permit, beroperasi ketika permit ditahan dan tiada lesen memandu selain mengeluark­an lima saman manakala JPJ pula turut mengeluark­an lima saman. — Bernama

 ??  ?? PENGHARGAA­N:Ismail menyampaik­an ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.
PENGHARGAA­N:Ismail menyampaik­an ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia