Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas hidup berhimpit bersama 15 ahli keluarga dalam rumah kecil

-

KANGAR: Ketika umat Islam sedang sibuk membuat persiapan raya, seorang warga emas bersama 15 ahli keluarga tidak mampu berbuat demikian, mereka tabah menjalani kehidupan dan ibadah puasa serba sederhana di dalam sebuah rumah kecil yang serba daif sejak 11 tahun lepas.

Hasmah Saad, 65, tinggal berhimpit di rumah itu bersama empat anaknya Nur Hayati Hashim, 33; Nur Hazwani Hashim, 29; Nur Hasraf Haizad Mat Razali, 18; Nur Natasya Haslinda Mat Razali, 17, serta menantu dan anak masing-masing, termasuk lapan cucu berusia lingkungan dua hingga 13 tahun.

“Rumah ini adalah pemberian Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang saya terima dan duduki pada 2 Ogos 2010 berkeluasa­n 800 meter persegi sahaja.

“Ada tiga bilik, dua bilik kelamin untuk anak dan menantu masing-masing mempunyai dua dan enam orang anak... satu bilik kecil saya bersama cucu... kerana kekangan ruang, ada yang terpaksa berhimpit dan tidur di ruang tamu.

“Memandangk­an anakanak hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu, selain masingmasi­ng mempunyai tanggungan yang ramai, mereka tidak mampu menyewa di luar apa lagi mahu mempunyai kediaman sendiri,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program i-Care4U Ziarah Kasih Ramadan di kediamanny­a di Kampung Jarak Bintong di sini semalam.

Program anjuran Pejabat Pembanguna­n Negeri Perlis (ICU JPM) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia

Berhad dan Tenaga Nasional Berhad itu menyalurka­n sumbangan duit raya kepada 30 keluarga terpilih.

Turut hadir pada program ziarah itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man yang menyampaik­an sumbangan barangan keperluan asas dan duit raya bagi pihak kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Hasmah berkata ada anak dan cucu yang terpaksa tidur di lantai dapur beralaskan kain batik sahaja kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain malah, cucu bongsunya pernah melecur terkena air panas ketika bermain di ruang sempit dan adakalanya berlanggar dengan ahli isi rumah lain.

Sementara itu, Nur Hazwani berkata dia mengimpika­n untuk menyambut Aidilfitri di kediaman sendiri bersama enam anak, namun perkara itu agak mustahil kerana pendapatan suaminya yang mengambil upah memotong rumput di kampung, tidak seberapa.

Suri rumah itu berkata menjadi rutin setiap tahun mereka sekeluarga menyambut Aidilfitri dengan pakaian yang disedekahk­an orang ramai tanpa kuihmuih yang beraneka namun bersyukur dapat tinggal dengan keluarga dan menjalani kehidupan susah dan senang bersama.

Prihatin dengan nasib keluarga itu, Azlan berkata kerajaan negeri akan membantu membina sebuah rumah dengan dua buah bilik di kawasan belakang rumah sedia ada.

Dalam perkembang­an lain, Azlan berkata Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam di Perlis telah diluluskan dan akan disalurkan dalam masa terdekat. — Bernama

 ??  ?? Pembantu Kesihatan Awam Unit Tindakan Khas, Jabatan Perkhidmat­an Perbandara­n, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ahmad Nizuan Nordin (kiri) bersama petugasnya menyiapkan inovasi suasana sambutan Aidilfitri di kampung dengan menggunaka­n bahan terpakai di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di George Town semalam. Menurut Ahmad Nizuan, semua rekaan atau inovasi yang dihasilkan dengan menggunaka­n bahan yang dikitar semula seperti tayar lama, pelbagai jenis plastik terutamany­a botol plastik, kayu, paip, tali, tin, kadbod, palet dan lain-lain. Tambahnya lagi, inovasi itu direka bagi menyahut seruan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menggalakk­an program mengurangk­an sampah dan memperkasa kegiatan kitar semula sebagai budaya hidup.
Pembantu Kesihatan Awam Unit Tindakan Khas, Jabatan Perkhidmat­an Perbandara­n, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ahmad Nizuan Nordin (kiri) bersama petugasnya menyiapkan inovasi suasana sambutan Aidilfitri di kampung dengan menggunaka­n bahan terpakai di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di George Town semalam. Menurut Ahmad Nizuan, semua rekaan atau inovasi yang dihasilkan dengan menggunaka­n bahan yang dikitar semula seperti tayar lama, pelbagai jenis plastik terutamany­a botol plastik, kayu, paip, tali, tin, kadbod, palet dan lain-lain. Tambahnya lagi, inovasi itu direka bagi menyahut seruan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menggalakk­an program mengurangk­an sampah dan memperkasa kegiatan kitar semula sebagai budaya hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia