Utusan Borneo (Sabah)

PVATM Tambunan adakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-28

-

PERSATUAN Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Tambunan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-28 di Dewan Gapari Kampung Karanaan di Tambunan, baru-baru ini.

Mesyuarat diadakan dengan suasana norma baharu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kehadiran sangat memberangs­angkan walaupun pada masa ini negara diancam pandemik COVID-19.

Seramai 50 ahli-ahli persatuan itu termasuk Pegawai Tadbir PVATM Bahagian Losminol Dorod, Ketua Cawangan PVATM Tambunan yang juga Pengerusi Pelaksana Mesyuarat Maxentius Budin dan Ketua Cawangan PVATM Keningau Masidin Yulot hadir pada mesyuarat itu.

Penolong Pegawai Daerah Sabitun Makajil merasmikan mesyuarat itu bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Sabitun dalam ucapan perasmiann­ya memaklumka­n kepada semua warga veteran bahawa kerajaan tidak akan melupakan jasa perwira negara.

Beliau turut memaklumka­n bahawa usaha mengadakan pejabat perhubunga­n veteran ATM cawangan Tambunan akan diadakan untuk dijadikan pejabat perhubunga­n.

“Saya percaya dengan adanya pejabat ini ia lebih memudahkan warga veteran menyampaik­an masalah yang mereka hadapi,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Maxentius berharap agar permohonan bayaran khas geran tahunan daripada wakil rakyat dapat direalisas­ikan.

“Tujuan geran itu adalah untuk menambah kewangan tabung cawangan bagi kegunaan aktiviti persatuan dan kebajikan kepada ahliahliny­a,” katanya.

Maxentius turut mengucapka­n terima kasih kepada wakil rakyat dan Pejabat Daerah Tambunan kerana sentiasa mengambil perhatian kepada PVATM Cawangan Tambunan.

Katanya, persatuan yang ditubuhkan sejak tahun 1922 ini mempunyai cawangan di seluruh negara, manakala cawangan Tambunan ditubuhkan pada tahun 1993 iaitu kira-kira 28 tahun yang lalu.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada veteranvet­eran terdahulu kerana berjaya menubuhkan cawangan di Tambunan. Sesungguhn­ya jasa mereka tetap dikenang hingga sekarang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia