Utusan Borneo (Sabah)

KRT ejen pembanguna­n dan menyatupad­ukan masyarakat

- Oleh Yap Siong Han

BEAUFORT: Peranan Kelompok Rukun Tetangga (KRT) sangat penting dalam masyarakat kerana ia mampu menjadi ejen pembanguna­n dan menyatukan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, walaupun hanya dilaksanak­an secara sukarela namun melalui aktiviti dan program yang dilaksanak­an KRT, ia membantu dalam pembanguna­n masyarakat setempat dalam negeri ini.

Mengambil contoh KRT

Kukut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Ruslan berkata, mereka gigih menganjurk­an pelbagai program termasuk menyedarka­n masyarakat tentang pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, demi membantu masyarakat KRT Kukut komited menjalanka­n tugas tanpa mengira penat dan lelah.

“Saranan saya kepada ahli Jawatankua­sa (AJK) KRT, ziarah-menziarahi juga amat penting terutama dalam segenap lapisan masyarakat lebih-lebih bagi mereka yang amat memerlukan bantuan, bagi mengekalka­n perpaduan,” katanya ketika merasmikan Program Ziarah Ramadan KRT Kukut di sini, semalam.

Beliau berkata, program Ziarah Ramadan anjuran KRT Kukut bersama Pejabat DUN Lumadan pada tahun ini akan mengadakan kunjungan kepada golongan masyarakat yang sakit atau mengalami kegagalan anggota badan.

Katanya, KRT juga berperanan penting dalam membantu kerajaan dalam pelaksanaa­n PKPB baru-baru ini bagi seluruh negeri Sabah.

Ruslan juga menyeru agar rakyat DUN Lumadan terus mematuhi SOP agar tidak wujud kluster baharu semasa perayaan Hari Raya.

Pada majlis itu beliau turut menyampaik­an sumbangan berbentuk keperluan barangan dapur juga wang tunai disampaika­n sepanjang program diadakan.

 ??  ?? PRIHATIN: Ruslan (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada penduduk kampung dalam program Ziarah Ramadan KRT Kukut, Beaufort.
PRIHATIN: Ruslan (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada penduduk kampung dalam program Ziarah Ramadan KRT Kukut, Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia