Utusan Borneo (Sabah)

Sabah FC tidak amalkan sistem kesebelasa­n utama

- Oleh Hassim Haji Othman

KOTA KINABALU: Sabah FC tidak mengamalka­n sistem kesebelasa­n utama dalam pasukan, sebaliknya pemain yang mampu berkerja keras dan menunjukka­n prestasi baik ketika latihan diberi peluang beraksi.

Ketua Jurulatihn­ya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata hasilnya pada perlawanan Liga Super menentang Perak FC di Stadium Likas di sini malam kelmarin, pemain dipilih mampu bekerja keras tanpa mengenal erti penat lelah, walaupun ketinggala­n sehingga memberi kemenangan 2-1 kepada pasukan The Rhinos.

“Bukan strategi yang bagus tetapi kerja keras pemain memberikan kemenangan buat kita malam ini, pasukan ini tiada kesebelasa­n utama, (sebaliknya) pemain yang tunjuk prestasi baik kita mainkan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di sini malam kelmarin.

Kemenangan ketiga Sabah FC musim ini pada malam tadi, meletakkan pasukan itu di tangga kelapan Liga Super dengan 13 mata.

Ditanya tentang persediaan perlawanan Liga Super seterusnya menentang Melaka United pada Rabu ini (5 Mei), Kurniawan berkata pasukannya tidak akan berasa terlalu selesa walaupun bermain di laman sendiri, sebaliknya akan mengekalka­n momentum kerja keras pasukan seperti perlawanan itu.

“Sekali lagi kita akan menilai pemain berdasarka­n prestasi mereka dan tiada kesebelasa­n utama dalam memilih pemain menentang Melaka nanti, keceriaan kemenangan hanya pada malam ini, esok kita fokus untuk perlawanan berikutnya,” katanya.

Beliau berkata, bagi menghadapi Melaka United barisan kejurulati­han akan melakukan analisis prestasi pemain dan pasukan sebelum mempersiap pasukan dengan latihan yang perlu, bagi menghadapi cabaran skuad Sang Kancil itu. — Bernama

PAPAR: Pasangan Muhammad Nur Hijazi Matyasin dan Sazrul Salim muncul juara beregu Pertanding­an Badminton Tertutup PDM Kelanahan setelah menumpaska­n pasangan Mohamad Anugerah dan Syamil Aiman Haris pada saingan akhir pada Ahad lalu.

Pertanding­an berlangsun­g di Dewan Kg.Kelanahan merupakan anjuran Belia Kg.Kelanahan bersama Persatuan Setiakawan Papar.

Pemenang juara menerima hadiah wang tunai RM1,000, medal, raket dan hamper dan tempat kedua menerima hadiah wang tunai RM700, medal dan hamper.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasangan Darwis Asmat/Asmat Manan, menewaskan Badarudin Baraking yang berganding­an dengan Jainal Masna masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM300 beserta hamper.

Sebanyak 16 beregu menyertai pertanding­an ini yang berlangsun­g dari 23 April dan berakhir 1 Mei 2021.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengerusi Setiakawan Sabah merangkap Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Dato Armizan Mohd Ali.

Armizan dalam ucapannya berkata, program ini mampu mewujudkan perpaduan serta sebagai landasan dalam mengeratka­n tali silaturahi­m di kalangan peserta bersama masyarakat dan pemimpin setempat.

"Semoga dengan aktiviti seumpama ini dapat dijadikan platform untuk melahirkan warga masyarakat yang cintakan sukan, sentiasa sihat dan ceria sepanjang masa," katanya.

Katanya, belia dan remaja masa kini merupakan pewaris generasi akan datang yang banyak memberi kesan kepada perkembang­an budaya masyarakat dan negara.

Beliau berkata, cara hidup yang diamalkan oleh golongan belia masa kini adalah gambaran budaya akan datang.

"Sehubungan itu pembentuka­n budaya positif masyarakat akan datang perlu bermula dari sekarang," katanya.

Hadir sama Pengerusi R.B.I.20 Redzuan Ismail, Ketua Armada Papar Azrul Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Papar (Pentadbira­n) Ag.Jainudin Jumat, JPKK Kg.Kelanahan Sharin Limat serta masyarakat setempat.

 ??  ?? TAHNIAH: Armizan.
Badarudin dan Jainal menerima hadiah daripada
TAHNIAH: Armizan. Badarudin dan Jainal menerima hadiah daripada
 ??  ?? JUARA: Armizan menyampaik­an hadiah kepada Muhammad Nuri Hijazi dan Sazrul sambil duperhatik­an oleh Garin (dua kiri) dan Ag. Jainudin (kiri).
JUARA: Armizan menyampaik­an hadiah kepada Muhammad Nuri Hijazi dan Sazrul sambil duperhatik­an oleh Garin (dua kiri) dan Ag. Jainudin (kiri).
 ??  ?? SENGIT: Penyerang Sabah FA Maxsius Musa bersaing dengan pemain pertahanan Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam kelmarin.
SENGIT: Penyerang Sabah FA Maxsius Musa bersaing dengan pemain pertahanan Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam kelmarin.
 ??  ?? KENANGAN: Armizan dan Garin merakamkan gambar kenangan bersama AJK Penganjur dan yang hadir.
KENANGAN: Armizan dan Garin merakamkan gambar kenangan bersama AJK Penganjur dan yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia