Utusan Borneo (Sabah)

Kes harian COVID-19 di Sabah seperti ‘yo-yo’: Masidi

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Rekod turun naik kes harian COVID-19 di Sabah masih berterusan dengan 57 kes baharu dilaporkan pada 3 Mei.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang melihat rekod kes harian itu umpama pergerakan ‘yo-yo’ tetap berkongsi kelegaan dengan penurunan kes baharu.

Namun katanya, tiada siapa tahu apa yang akan berlaku esok dengan jumlah kes baharu di negeri ini.

Beliau menerusi ciapan di akaun Twitternya semalam menjelaska­n, Tawau merekodkan kes tertinggi sebanyak 22 kes diikuti Kota Kinabalu 14 kes.

“Enam kes baharu di Kalabakan kebanyakan­nya berkaitan dengan kluster sedia ada dan tiada kes baharu dilaporkan di 17 daerah lain,” katanya.

Selain itu, daerah Lahad Datu dan Kunak masingmasi­ng merekodkan empat kes baharu manakala satu kes masing-masing dilaporkan di Beluran, Kota Belud, Tuaran, dan Putatan.

Daerah yang tidak merekodkan kes baharu termasukla­h Telupid, Sandakan, Tongod, Kinabatang­an, Semporna, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau, dan Tambunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia