Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan bantu SLS cari tapak bina pejabat

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan membantu Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) untuk mencari kawasan tanah yang sesuai untuk didirikan pejabat SLS.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, SLS banyak membantu kerajaan terutama dalam menyediaka­n bantuan perundanga­n percuma kepada rakyat.

Katanya, SLS turut terlibat dalam program Mahkamah

Bergerak untuk pendaftara­n lewat kad pengenalan dan surat lahir.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Jawatankua­sa Eksekutif SLS yang diketuai oleh Presiden SLS Roger Chin di sini semalam.

Dalam pertemuan itu, Hajiji turut bersetuju dengan Roger mengenai keperluan untuk mengubah beberapa peraturan dan undangunda­ng kecil yang sudah lama mengikut kesesuaian waktu.

Beliau sendiri turut mengambil inisiatif mengubah undang-undang kecil yang digunakan pihak berkuasa tempatan semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Turut hadir, Penasihat Teknikal Undang-Undang kepada Ketua Menteri Datuk Brenndon Keith Soh, Naib Presiden SLS Mohamed Nazim Maduarin Setiausaha SLS Ryan Soh, Timbalan Setiausaha SLS Song Wei Wan dan Bendahari SLS Dominic James Ghani.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Hajiji (empat kanan) menerima cenderahat­i daripada Roger (empat kiri) selepas menerima kunjungan hormat Jawatankua­sa Eksekutif SLS.
KUNJUNGAN: Hajiji (empat kanan) menerima cenderahat­i daripada Roger (empat kiri) selepas menerima kunjungan hormat Jawatankua­sa Eksekutif SLS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia