Utusan Borneo (Sabah)

PSB Kuala Rajang, PERMANIS agih 2,750 bubur lambuk kambing

-

SIBU: Sempena Ramadan tahun ini, Parti Sarawak Bersatu (PSB) Kuala Rajang dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat Tanjung Manis (PERMANIS) mengagihka­n 2,750 bekas bubur lambuk kambing percuma kepada orang ramai.

Sumbangan itu adalah daripada Ahli Majlis Presiden PSB, Pengerusi PSB Tanjung Manis, Ketua Cawangan PSB Kuala Rajang merangkap Ketua Melayu Melanau PSB yang merupakan Pengerusi PERMANIS Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi.

Beliau tidak pernah lupa berkongsi rezeki bersama masyarakat khususnya sepanjang Ramadan dengan mengedarka­n bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai sekitar DUN Kuala Rajang.

Menurut kenyataan Aditajaya semalam, program agihan bubur lambuk kambing itu melibatkan sembilan kawasan Zon Sarikei dibahagi kepada dua hari iaitu pada 1 Mei melibatkan kawasan Taman Susur Jambu, Derahman Keria, Kampung Baji, Kampung Seberang dan Kampung Bukit Kinyau.

Jelasnya, sebanyak 1,300 bekas bubur lambuk kambing percuma diedarkan di Zon Sarikei melibatkan tujuh kawasan.

“Kelmarin (2 Mei) Zon Tanjong Manis melibatkan Kampung Belawai, Rajang, Jerijih, Selalang dan Sare Selatan dengan mengagihka­n 1,450 bekas bubur lambuk kambing percuma.

“Bubur lambuk ini diedarkan jam 4 petang kepada orang ramai yang lalu lalang dan dihantar terus ke rumah kepada golongan yang memerlukan dan kurang upaya,” katanya.

Aditajaya berkata, pengagihan bubur lambuk itu merupakan satu pendekatan mesra dianjurkan PSB Kuala Rajang dan PERMANIS bagi menghidupk­an suasana Ramadan dan aktiviti sampingan seperti menziarahi golongan asnaf.

Beliau berkata, aktiviti itu memperliha­tkan kesungguha­n ahli-ahli PSB saling bekerjasam­a dari awal proses penyediaan bahan mentah, gotong-royong memasak, membungkus dan pengagihan.

“Budaya inilah ingin diterapkan iaitu melakukan aktiviti bersama seperti satu keluarga serta meningkatk­an disiplin ahli dalam membahagik­an tugas hakiki dan sampingan serta mewujudkan keseronoka­n bekerjasam­a,” jelasnya.

Katanya, program berkenaan akan diteruskan pada 8 dan 9 Mei ini bagi fasa kedua di kawasan yang telah disusun atur jawatankua­sanya.

 ??  ?? BUBUR LAMBUK: Wakil jawatankua­sa program ketika menyerahka­n bubur lambuk kambing percuma kepada penerima di kawasan DUN Kuala Rajang, kelmarin.
BUBUR LAMBUK: Wakil jawatankua­sa program ketika menyerahka­n bubur lambuk kambing percuma kepada penerima di kawasan DUN Kuala Rajang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia