Utusan Borneo (Sabah)

S4S persoal motif kerajaan pusat tawar AstraZenec­a kepada Sarawak

-

MIRI: Gerakan Sarawak For Sarawakian (S4S) mempersoal­kan motif dan rasional kerajaan pusat menawarkan vaksin COVID-19 jenis AstraZenec­a kepada Sarawak walaupun mengetahui kegusaran rakyat terhadap keselamata­n vaksin itu.

Jurucakapn­ya Erick Chin berkata, keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin untuk menghantar vaksin itu ke Sarawak adalah sangat mengecewak­an dan menimbulka­n kemarahan rakyat.

“Adakah Sarawak di mata menteri adalah tempat pembuangan sampah yang dikhaskan untuk mengitar semula vaksin yang tidak diinginkan,” tegas Chin.

Kerajaan pusat akan memulakan pemberian vaksin AstraZenec­a kepada pemohon sukarela menerusi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berkata, vaksin tersebut ditawarkan kepada Kerajaan Sarawak memandangk­an ia merupakan negeri yang merekodkan kes jangkitan COVID-19 yang tinggi.

Bagaimanap­un, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian memberi jaminan tiada vaksin AstraZenec­a akan digunakan di Sarawak.

Beliau yang juga penasihat kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, mereka yang mahu disuntik vaksin itu boleh mendapatka­nnya di pusat vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Chin juga ingin mengetahui sama ada kerajaan pusat akan bertanggun­gjawab terhadap risiko kesihatan dan keselamata­n penerima vaksin itu kelak.

“Adakah mereka akan diberi pampasan atau akan ditanggung sendiri oleh rakyat?” soalnya.

Chin berkata, penjelasan Khairy tentang keselamata­n vaksin juga tidak jelas dengan hanya mencadangk­an agar ia diberikan kepada pemohon sukarela.

Sehubungan itu, Chin mahu kerajaan negeri terus tegas dan berani bersuara sebagai menambah keyakinan dan sokongan rakyat yang kini masih dibimbangi peningkata­n kes jangkitan.

 ??  ?? CHIN
CHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia