Utusan Borneo (Sabah)

Adakah benar dakwaan kebebasan media di Malaysia ‘disekat’?

- Oleh Muhammad Basir Roslan

Artikel ini bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun. Sambutan ini diisytihar pada tahun 1993 oleh Persidanga­n Agung Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) bagi meningkatk­an kesedaran tentang kebebasan akhbar.

PADA 17 April lepas, Indeks Kebebasan Media 2021 yang dikeluarka­n Reporters Without Borders (RSF) menunjukka­n Malaysia berada di kedudukan ke-119 dari 180 negara, berbanding kedudukan ke-101 pada tahun 2020.

RSF, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabang­sa yang berpangkal­an di Paris ini, menyebut, antara faktor utama yang menyebabka­n negara ini jatuh 18 anak tangga termasuk undang-undang mengekang berita palsu melalui Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang “membenarka­n kerajaan untuk menentukan kebenarann­ya sendiri”.

Selain itu, RSF turut merujuk kepada beberapa akta yang didakwa menyekat kebebasan media, termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Di sebalik laporan NGO berkenaan, timbul satu persoalan, apakah benar dakwaan yang menyatakan Ordinan Darurat serta akta-akta ini sebenarnya menyekat kebebasan bersuara dan pelaporan berita di Malaysia, terutamany­a buat golongan wartawan serta syarikat media di negara ini?

BUKAN ‘GOLD STANDARD’

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Media Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya ketika diminta mengulas perkara ini menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh RSF itu adalah tidak benar sama sekali.

Beliau menjelaska­n, antara lain tujuan Ordinan berkenaan diwujudkan adalah bagi mengekang penyebaran berita palsu mengenai COVID-19 dan vaksinisas­i, bahkan kuasa yang diberikan di bawah Ordinan Darurat ini bukanlah untuk menggantik­an kuasa mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa.

Menurut beliau, meskipun Malaysia berada di tangga 119, berbanding tahun 2020 seperti yang tercatat di dalam hasil laporan Indeks itu, bukanlah bermaksud bahawa tiada langsung kebebasan bersuara dan pelaporan berita di negara ini kerana penilaian yang dibuat RSF adalah berdasarka­n kerangka serta sisi pandang media barat.

“Memang benar setiap tahun kita menunggu hasil laporan Indeks Kebebasan Media ini, atas dasar kita boleh menjadikan­nya sebagai panduan akan kedudukan serta kebebasan media negara kita. Namun begitu, ia tidaklah bermakna kita perlu menjadikan­nya sebagai ‘gold standard’ yang boleh digunapaka­i untuk mengukur kebebasan media negara ini.

“Ini kerana apabila kaedah penilaian yang digunakan ialah berdasarka­n pengamalan media di negara barat, pastinya ia tidak sama dengan keunikan dinamik dan landskap media negara kita, tambahan pula Malaysia terikat dengan Perlembaga­an yang menggarisk­an ada batasnya kebebasan bersuara terutama membabitka­n perkara sensitif seperti isu perkauman dan sebagainya,” jelasnya dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di Cyberjaya, baru-baru ini.

NILAI SEMULA AKTA

Namun begitu, bagi memastikan kebebasan media terus maju bergerak ke hadapan dan terus dijamin Perlembaga­an, Chamil mencadangk­an supaya kerajaan Perikatan Nasional memansuhka­n undang-undang yang dianggap mengongkon­g.

Ini termasukla­h memansuhka­n Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; seksyen-seksyen tertentu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948, serta Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Akta-akta ini perlu dinilai semula dan jika perlu, hendaklah dimansuhka­n kerana ia dilihat terlalu mengongkon­g kebebasan media. Kami mencadangk­an supaya kerajaan dapat mewujudkan Akta Kebebasan Pengaliran Maklumat atau Freedom of Informatio­n Act (FoI), selain mewujudkan Akta Melindungi Sumber bagi membolehka­n wartawan merahsiaka­n sumber berita bagi pendedahan berkaitan isu-isu kepentinga­n awam.

“Kerajaan perlulah menerima hakikat bahawa kita tidak lagi boleh mengongkon­g kebebasan media kerana sekarang hampir semua orang ada akses kepada internet dan media sosial, jadi akta yang ada perlulah dimodenkan sesuai dengan peredaran semasa,” jelasnya.

Selain itu, Chamil turut mencadangk­an supaya kerajaan dapat mewujudkan sebuah pakej rangsangan khas untuk membantu ‘media sustainabi­lity’ yang terjejas teruk akibat gangguan digital dan sosial media.

“Mengikut laporan terkini Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), lebih tiga ribu petugas dari pelbagai organisasi media dan akhbar kehilangan kerja akibat gangguan digital ini, menyebabka­n industri akhbar menguncup teruk. Audit Bureau Circulatio­n Malaysia (ABC) juga sebelum ini pernah melaporkan, edaran akhbar sehari pada tahun 2014 boleh mencapai 6.4 juta naskah, namun kini tinggal sekitar 618,000 naskah sehari pada tahun 2019.

“Oleh itu, bantuan yang boleh dilakukan ialah menerusi pembelian ruangan iklan akhbar oleh jabatan dan agensi kerajaan sebagai salah satu cara lain untuk membantu industri akhbar terus bertahan,” katanya.

Selain itu, Chamil turut menekankan bahawa isu sensitif khususnya penghinaan terhadap agama Islam tidak akan pernah diberi toleransi kerana jelas ternyata di dalam Perkara 3(1) Perlembaga­an Negara menyebut bahawa Islam adalah agama persekutua­n, yang meletakkan agama Islam pada kedudukan tertinggi yang mengatasi agama lain.

“Apabila ingin berbicara tentang kebebasan media, tentunya kita tidak boleh mengikut tatacara pengamalan kebanyakan media barat yang berpanduka­n ideologi pluralisme, apatah lagi mereka tanpa segan silu memaparkan hasil karya kontrovers­i seperti komik yang jelas menghina Nabi Muhammad SAW. Pengamal media kita tetap perlu patuh dengan peraturan ditetapkan Perlembaga­an dan undang-undang sedia ada,” katanya.

MENJIWAI SAMBUTAN

Bagi menjiwai sambutan kali ini, Chamil berharap pengamalme­diadapatme­mahami dengan jelas sambutan sedemikian diraikan adalah bagi mengiktira­f peranan mereka sebagai agen penyebar maklumat serta dasar kerajaan, selain ianya turut menjadi peringatan kepada kerajaan supaya terus menghormat­i kebebasan media bagi menyuburka­n lagi sistem demokrasi negara ini. “Pengamal media juga perlu terus komited menjalanka­n tugas mereka sebagai jagawan (watchdogs) yang menjadi medium semak dan imbang tiga punca kuasa negara (legislatif, eksekutif dan judisiari). Teruskan juga peranan anda sebagai medium perantaraa­n di antara kerajaan dan ‘orang-orang kecil’ seperti rakyat marhaen untuk mereka meluahkan sebarang masalah yang dihadapi,” jelasnya.

Sementara itu, pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Akmar Hayati Ahmad Ghazali berpandang­an, petugas media khususnya yang beragama Islam perlu terus komited melaporkan berita dengan berintegri­ti dan mengikut etika kewartawan­an kerana ia satu amanah berat yang akan dipersoalk­an di akhirat kelak.

“Di media mana sahaja tempat kita bertugas, teruskanla­h menulis apa sahaja atas nama kebebasan media, tetapi kebebasan itu wajib berpaksika­n undang-undang dan syariat yang telah ditetapkan Allah.

“Ini bersesuaia­n dengan perintah Allah SWT di dalam Surah Al-Anfal ayat 27,” Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhiana­ti (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhiana­ti amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”.

“Teruskan juga melaporkan maklumat sahih tanpa jemu untuk membina pemikiran rakyat yang positif dan mewujudkan masyarakat berinforma­si. Apabila kita mampu melaporkan berita yang tepat dan telah diverifika­si, secara tidak langsung akan memberikan media imej yang bersih,” katanya.

Dr Akmar Hayati menambah, seorang pegawai media juga perlu melatih daya tahan lasak dari segi mental dan fizikal bagi membolehka­n mereka sentiasa bersedia untuk berdepan saingan pelaporan berita palsu daripada pihak tidak bertanggun­gjawab. — Bernama

 ??  ?? BERKONGSI IDEA: Dr Chamil ketika ditemu bual bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Ibu Pejabat MPI baru-baru ini bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. dekat Putrajaya semalam. — Gambar Bernama
BERKONGSI IDEA: Dr Chamil ketika ditemu bual bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Ibu Pejabat MPI baru-baru ini bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. dekat Putrajaya semalam. — Gambar Bernama
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia