Utusan Borneo (Sabah)

Tiga NGO media serah memorandum kepada KKMM berhubung kebebasan media

-

TIGA badan bukan kerajaan (NGO) media — Pusat Kewartawan­an Bebas (CIJ), Gerakan Media Merdeka dan Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjun­g Malaysia, semalam menyerahka­n memorandum kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah untuk perhatian kerajaan bagi terus memastikan kebebasan media.

Presiden NUJ Farah Marshita Abdul Patah berkata mereka menyerahka­n memorandum itu bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang disambut pada 3 Mei.

“Kami harap kerajaan mempromosi­kan kebebasan media serta mencipta lingkungan yang membenarka­n media berfungsi dengan bebas,” katanya ketika ditemui selepas menyerahka­n memorandum itu di Putrajaya semalam.

Farah Marshita berkata antara cadangan yang dikemukaka­n dalam memorandum tersebut adalah penubuhan Dana Daya Tahan Media, Majlis Media Malaysia dan mempercepa­tkan giliran pengamal media menerima suntikan vaksin COVID-19.

Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Khas Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Syed Khairil Imran Said Halim.

Syed Khairil ketika dihubungi berkata memorandum itu akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha KKMM Datuk

Seri Mohammad Mentek yang kemudianny­a akan menyerahka­nnya kepada Saifuddin. Pengarah Eksekutif CIJ Wathshlah G Naidu pula berkata peranan pengamal media ketika ini semakin mencabar dan kritikal dalam menyampaik­an maklumat tepat mengenai setiap dasar kerajaan dan media juga perlu diberi kebebasan untuk menyampaik­an maklumat berbentuk kritikan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH MEMORANDUM: Wathshiah (kiri) menyerahka­n memorandum kepada Syed Khairil untuk diserahkan kepada Menteri KKMM di lobi KKMM, dekat Putrajaya semalam. Turut kelihatan Fa- rah Marshita.
— Gambar Bernama SERAH MEMORANDUM: Wathshiah (kiri) menyerahka­n memorandum kepada Syed Khairil untuk diserahkan kepada Menteri KKMM di lobi KKMM, dekat Putrajaya semalam. Turut kelihatan Fa- rah Marshita.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Wathshiah ketika sidang media selepas menyerahka­n memorandum kepada
Syed Khairil untuk diserahkan kepada Menteri KKMM di lobi KKMM, dekat Putrajaya semalam.
SEPAKAT: Farah ketika sidang media selepas menyerahka­n memorandum kepada Syed Khairil untuk diserahkan kepada Menteri KKMM di lobi KKMM dekat Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Wathshiah ketika sidang media selepas menyerahka­n memorandum kepada Syed Khairil untuk diserahkan kepada Menteri KKMM di lobi KKMM, dekat Putrajaya semalam. SEPAKAT: Farah ketika sidang media selepas menyerahka­n memorandum kepada Syed Khairil untuk diserahkan kepada Menteri KKMM di lobi KKMM dekat Putrajaya semalam.
 ??  ?? — Gambar Bernama
— Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia