Utusan Borneo (Sabah)

Agong bangga atas kejayaan Cheryl Chow dalam peperiksaa­n IGCSE

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah menzahirka­n ucapan tahniah kepada Cheryl Chow Shu Wei atas kejayaanny­a dinobatkan ‘Top In The World’ bagi mata pelajaran kimia peperiksaa­n Internatio­nal General Certificat­e of Secondary Education (IGCSE), baru-baru ini.

Seri Paduka Baginda turut menzahirka­n rasa sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang pelajar Sekolah Antarabang­sa Beaconhous­e Sri Inai, Petaling Jaya itu yang telah mengharumk­an nama negara di peringkat antarabang­sa.

Al-Sultan Abdullah juga menzahirka­n harapan semoga kejayaan Chow, 17, menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat khususnya golongan pelajar dan belia untuk terus bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing.

“Sesungguhn­ya, kejayaan adik Cheryl Chow Shu Wei sekali lagi membuktika­n bahawa Malaysia mampu melahirkan pelajar dan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabang­sa.

“Ia juga membuktika­n bahawa dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabang­sa,” menurut kenyataan yang dikeluarka­n Istana Negara menerusi Facebook semalam.

Seri Paduka Baginda juga menzahirka­n ucapan selamat maju jaya kepada Chow dan turut mendoakann­ya dilimpahi kejayaan cemerlang dan terus mengharumk­an nama negara di persada antarabang­sa di masa hadapan.

Chowmemper­olehpengik­tirafan daripada Cambridge Assessment Internatio­nal Education setelah berjaya mengetepik­an hampir sejuta pelajar lain dari seluruh dunia semasa acara Outstandin­g Cambridge Learner Awards, baru-baru ini.

Beliau memperoleh markah piawaian tertinggi dalam peperiksaa­n IGCSE bagi mata pelajaran Kimia.

Pelajar itu juga pernah dinobatkan sebagai peserta terbaik di acara Mangahigh East Asia Maths Challenge 2019, mengatasi 14,240 pelajar dari Jepun, Korea Selatan, Singapura dan negara-negara sekitar Asia Timur.

Remaja berkenaan juga pernah memperoleh pingat emas bagi acara Kangaroo Math Competitio­n peringkat kebangsaan dan pertanding­an University of St Andrews Competitio­n pada 2019 selain turut dianugerah­kan pingat emas di dalam Queen’s Commonweal­th Essay Competitio­n bagi dua tahun berturut iaitu pada 2019 dan 2020. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia