Utusan Borneo (Sabah)

Dasar galakkan penanaman jagung untuk makanan haiwan dilaksana

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan melaksanak­an dasar yang menggalakk­an lebih ramai menceburi industri penanaman jagung untuk makanan haiwan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata dasar jangka panjang itu akan dikeluarka­n kerana kerajaan tidak lagi mahu bergantung kepada jagung atau dedak dari negara luar.

“Kenaikan harga dedak dan jagung adalah kerana harganya dipengaruh­i oleh pasaran dunia dan ia di luar kawalan kerajaan. Kita perlu galakkan lebih ramai pihak ceburi industri penanaman jagung ini,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Program My Best Buy Aidilfitri di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan bahawa peningkata­n kos makanan ternakan ayam diimport adalah antara penyebab utama peningkata­n harga ayam.

Mengenai program Program My Best Buy Aidilfitri, beliau berkata program itu dilaksanak­an selama tiga hari bermula semalamdi1­88buahloka­sidikenal pasti oleh Lembaga Pemasaran PertanianP­ersekutuan(FAMA) di seluruh negara.

Program dianggarka­n mencatatka­n nilai jualan lebih RM77 juta itu adalah untuk membantu usahawan kecil mempromosi produk pertanian dan bukan pertanian bagi keperluan setempat dengan harga istimewa dan berpatutan, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Nurul Alisyah dari Unit Agropreneu­r Muda menunjukka­n buku “Inspirasi Agropreneu­r Muda” selepas majlis pelancaran buku itu oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Nurul Alisyah dari Unit Agropreneu­r Muda menunjukka­n buku “Inspirasi Agropreneu­r Muda” selepas majlis pelancaran buku itu oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia