Utusan Borneo (Sabah)

Dua cawangan baharu GBBB ditubuh

Ruang bagi golongan muda sertai program pembanguna­n, politik serta ekonomi

- Oleh Siti Aisyah Narudin

TAMPARULI: Parti Bersatu Sabah (PBS) mencatatka­n sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan Gerakan Belia Beliawanis Bersatu (GBBB) di dua cawangan bagi kawasan Tamparuli.

GBBB baharu itu melibatkan cawangan Kampung Linungkuan dan gabungan Bukit dekat sini pada Ahad.

Program penubuhan itu turut membuka peluang seramai 50 belia dari dua cawangan berkenaan menyertai PBS dan sekali gus memperliha­tkan sokongan anak-anak muda kepada parti paling lama bertapak di Sabah itu.

Seramai 35 belia menghantar borang penyertaan ahli di Linungkuan, manakala cawangan Bukit menyaksika­n gabungan Kampung Tiong Monggis, Monggis dan Kampung Koburan menghantar sebanyak 15 borang keahlian.

Kehadiran Timbalan Presiden PBS Datuk Jahid Jahim turut menjadi pencetus semangat generasi muda bersama rombongan kepimpinan parti di peringkat bahagian Tamparuli.

Jahid berkata, golongan muda perlu diberi ruang menjadi pemain penting dalam pembanguna­n, politik serta ekonomi di Malaysia, khususnya di Sabah.

Menurutnya, pada masa sama, generasi lama pula perlu memberi kerjasama membantu golongan muda dalam mencorakka­n masa depan negara.

“Peranan golongan muda dalam memimpin organisasi tidak harus diletakkan dalam kelompok pertubuhan belia semata-mata tetapi di semua organisasi, termasukla­h politik.

“Gelanggang politik adalah platform anak-anak muda bagi menjuarai isu rakyat untuk diketengah­kan oleh kerajaan.

“Apabila kita meminggirk­an mereka daripada terlibat dalam proses memilih kerajaan secara demokrasi, kita akan kehilangan suara anak muda,” katanya.

Beliau berkata, perkembang­an politik yang semakin meluas turut membuka mata parti-parti politik untuk mendekatka­n lagi parti dengan golongan muda.

Sehubungan itu katanya, PBS tampil dengan idea GBBB yang dilancarka­n hujung tahun lepas oleh Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili.

Sementara itu, Pengerusi Bersama GBBB Bahagian Tamparuli Boe Sindolun berkata, ketiadaan dorongan antara faktor yang ‘membunuh’ minat anak muda untuk mendekati dan memahami keperluan sebenar berpolitik.

“Kesannya amat besar, kerana jika belia terus berjauhan dengan politik, kita khuatir dasar masa depan yang dirangka pemerintah ketika ini, tidak mewakili keseluruha­n kehendak mereka,” katanya.

Terdahulu, Ketua Exco Pergerakan Wanita PBS Datin Malianah Ugau menyifatka­n majlis penubuhan berkenaan sebagai satu sejarah yang menjadi permulaan baharu buat parti itu demi memantapka­n lagi langkah meremajaka­n parti.

“Kita sendiri nampak betapa kesedaran terhadap politik dalam kalangan belia sangat lemah dan bukti itu jelas dilihat dari segi bagaimana kecenderun­gan belia mendaftar sebagai pengundi. Hakikatnya, tidak harus dinafi pilihan raya adalah proses terpenting bagi menentukan survival negara untuk tahun mendatang,” katanya.

Pengerusi GBBB Bukit Brenda Osoi berkata, penyertaan mereka dalam politik menerusi GBBB adalah untuk memperjuan­gkan hakhak mereka sebagai rakyat Sabah.

“Orang muda seperti kami perlu menjadi sebahagian daripada proses yang menentukan polisi-polisi yang membabitka­n anak muda terutamany­a sosioekono­mi belia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BELIA: Jahid (empat kiri) bersama sebahagian belia Kampung Linungkuan yang terlibat dengan GBBB.
BELIA: Jahid (empat kiri) bersama sebahagian belia Kampung Linungkuan yang terlibat dengan GBBB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia