Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Sawit Kinabalu bayar zakat perniagaan RM3.5 juta

Turut serah wakalah zakat perniagaan RM50,000 kepada YNJ

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTAKINABA­LU:Tabung Zakat Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) menerima pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM3,527,161.15 daripada Kumpulan Sawit Kinabalu.

Jumlah berkenaan melibatkan zakat perniagaan Kumpulan Sawit Kinabalu bagi hasil kutipan 2018 hingga 2020.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin menyaksika­n penyampaik­an zakat perniagaan itu yang disampaika­n oleh Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Bacho Jansie kepada Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS Iwansuzair­i Hari di Istana

Negeri di sini semalam.

Selain zakat perniagaan, Kumpulan Sawit Kinabalu turut menyerahka­n wakalah zakat perniagaan berjumlah RM50,000 kepada Yayasan Nur Jauhar (YNJ) bagi membantu golongan asnaf di Sabah.

Terdahulu Bacho berkata, Kumpulan Sawit Kinabalu amat menitikber­atkan amalan menyumbang kembali kepada masyarakat dan lebih proaktif dalam menjalanka­n perniagaan agar dapat mencapai lebih banyak keuntungan.

Katanya, ia sekali gus dapat membudayak­an amalan bersedekah bagi membantu golongan yang memerlukan di negeri Sabah.

Menurutnya, Kumpulan Sawit Kinabalu juga memberi wakalah zakat kepada Syukbah Kebajikan dan Kaunseling Masjid Jamek As Salam Kampung Benoni Papar berjumlah RM25,000 pada 2 Mei lepas.

Beliau berkata, wakalah zakat itu disampaika­n kepada golongan ibu tunggal dan anak-anak yatim.

“Antara penerima wakalah zakat yang lain adalah 25 masjid dan surau di Bandau Kota Marudu yang berjumlah RM25,000 dan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Latihan dan Amali OKU Sabah & Taman Pencinta Haiwan Tuaran yang terjejas teruk akibat musibah banjir,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaska­n, Kumpulan Sawit Kinabalu juga giat dalam menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dalam membantu golongan yang kurang berkemampu­an dengan mengagihka­n bakul makanan ke daerah Tuaran dan Libaran sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

 ??  ?? ZAKAT: Juhar (lima kiri) menyaksika­n Iwansuzair­i (empat kanan) menerima replika cek zakat perniagaan daripada Bacho (empat kiri) pada majlis itu.
ZAKAT: Juhar (lima kiri) menyaksika­n Iwansuzair­i (empat kanan) menerima replika cek zakat perniagaan daripada Bacho (empat kiri) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia