Utusan Borneo (Sabah)

LaRIS penggerak inovasi Labuan

Anjur pertanding­an kreativiti dan inovasi secara dalam talian

-

LABUAN: Persatuan Penyelidik­an, Inovasi dan Kreativiti Labuan atau LaRIS (Labuan Research, Innovation and Creativity Society) telah menganjurk­an pertanding­an kreativiti dan inovasi peringkat kebangsaan pada 18 April lalu secara dalam talian melalui Facebook.

LaRIS Creativity and Innovation Showcase yang julung kalinya diadakan itu bersempena dengan Hari Kreativiti dan Inovasi Sedunia yang disambut pada 21 April setiap tahun.

Sebanyak 31 penyertaan inovasi diterima dari Wilayah Persekutua­n Labuan, Sabah, Perak dan Melaka.

Dalam ucapan pembukaan yang disampaika­n melalui siaran video, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman mengucapka­n tahniah kepada inovator yang menyertai pertanding­an itu.

Beliau juga berharap akan lahir lebih ramai lagi inovator dari Labuan yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Sementara itu, menurut Pengerusi LaRIS Dr. Hyginus Lester Junior Lee, tiga orang hakim dari negeri Sabah dan Perak telah dijemput khas untuk menilai pertanding­an ini.

Mereka pernah memenangi anugerah peringkat antarabang­sa dan mempunyai latar belakang dan pengalaman luas dalam bidang inovasi dan kajian tindakan.

Tambahnya, pingat emas dan hadiah utama pilihan juri telah dimenangi oleh Panitia Pendidikan Islam dari Sekolah Kebangsaan Membedai, Labuan dengan inovasi ‘Aplikasi Sofhah’ yang merekod Al-Quran dan Iqra’ murid semasa tasmik.

Ahli kumpulan terdiri daripada Nawawi Ejal, Farihi Ab Halim dan Mohammad Akmal Danial Hazani.

Pingat emas lain turut dimenangi oleh Ciptho Wiryawan @ Mohd Ikhwani dari Sekolah Kluster Kecemerlan­gan SK St. Anne, Labuan dengan produk ‘Ma’rakah Al-Huruf’.

Turut meraih pingat emas ialah guru pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran, Putatan, Sabah, Stefanus Lucas, dengan inovasi ‘Jom CongRe’.

Anugerah Khas penyertaan terbanyak disampaika­n kepada Sekolah Kluster Kecemerlan­gan SK St. Anne, Labuan dengan 11 penyertaan.

Anugerah Khas Pengerusi diberikan kepada Penolong Kanan Pentadbira­n Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chi Sheng 2, Perak Goh Kok Ming, kerana telah memberi sumbangan sukarela secara berterusan kepada LaRIS dari segi sokongan teknologi maklumat dan komunikasi.

Majlis penyampaia­n hadiah telah berlangsun­g pada 30 April lalu di Fisherman Harbour, Paragon dan dihadiri oleh pemenang dan ahli jawatankua­sa pengelola.

Pemenang dari luar Labuan pula akan menerima hadiah melalui pos.

LaRIS akan mengadakan The 6th Internatio­nal Creativity and Innovation Exhibition & Language Teaching Seminar (6th CAIELTS) 2021 pada 7 Ogos 2021 secara dalam talian dan mempelawa inovator untuk menyertai pertanding­an inovasi dan kreativiti merentas pelbagai mata pelajaran (multidisci­plinary).

Guru bahasa pula dijemput membentang­kan kertas kajian, demonstras­i pengajaran atau perkongsia­n amalan baik dalam sesi seminar pengajaran bahasa.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di http:// tiny.cc/6thcaielts­2021 atau menghubung­i laris.labuan@ gmail.com atau melayari Facebook LaRIS Labuan untuk keterangan lanjut.

 ??  ?? ALBUM: Mohammad Akmal (duduk, dua kiri) bergambar bersama Ahli Jawatankua­sa Pengelola Persatuan Penyelidik­an, Inovasi, dan Kreativiti Labuan. Turut kelihatan Amiah Bua (duduk, kanan) dan Dr. Hyginus Lester (dua kanan).
ALBUM: Mohammad Akmal (duduk, dua kiri) bergambar bersama Ahli Jawatankua­sa Pengelola Persatuan Penyelidik­an, Inovasi, dan Kreativiti Labuan. Turut kelihatan Amiah Bua (duduk, kanan) dan Dr. Hyginus Lester (dua kanan).
 ??  ?? TAHNIAH: Amiah Bua menyampaik­an hadiah kepada Mohammad Akmal sambil diperhatik­an Dr. Hyginus Lester (kanan).
TAHNIAH: Amiah Bua menyampaik­an hadiah kepada Mohammad Akmal sambil diperhatik­an Dr. Hyginus Lester (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia