Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar perlu cekal hadapi cabaran norma baharu

-

PELAJAR Universiti Malaysia Sabah (UMS) diingatkan agar sentiasa cekal dan bersedia menghadapi cabaran norma baharu.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, norma baharu itu perlu dihadapi ketika negara masih lagi berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Katanya, norma baharu itu bukan sahaja dalam pembelajar­an dan pengajaran tetapi juga dalam kehidupan seharian.

“Pelajar perlu mengubah cara belajar dengan norma baharu agar hasrat untuk menjadi pelajar cemerlang dan berilmu tidak tersasar.

“Kita kena hadapi cabaran baharu mengikut peredaran zaman dan keadaan yang berlaku ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) 2021 di Dewan Utama pada Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 15 pelajar UMSKAL telah menerima bantuan kewangan sumbangan Pusat Islam UMS dan bantuan ‘food bank’ daripada Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL).

Taufiq turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan 107 pelajar yang menghadiri majlis tersebut.

Terdahulu, seramai 20 pelajar menerima bakul makanan sumbangan daripada Sektor Pentadbira­n Kolej Kediaman KAL dan Kota Kinabalu.

Turut hadir Pendaftar UMS Luqman Ridha Anwar, Pengarah UMSKAL Prof Dr. Jualang Azlan Gansau, Penolong Naib Canselor (Strategik) Prof Madya Dr Mohd Rahimie Abd Karim dan Pengarah Pusat Pengurusan Non Resident dan Fasiliti Perumahan Pelajar Hasmi Hashim.

Hadir sama Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Prof Dr Abdullah Gani, Dekan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) Prof Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid, Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Haji Mohamad Tuah dan Pengetua Kolej Kediaman Hadzariah Ismail.

Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMSKAL Fakhrul Arifin Nasrul dan Yang Dipertua Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) UMSKAL Muhammad Afiq Naiser juga menghadiri majlis itu yang bermula jam 5 petang.

Dalam ucapannya, Taufiq berharap menerusi sumbangan itu dapat meringanka­n beban keluarga di samping menceriaka­n pelajar meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Beliau juga menasihatk­an pelajar agar memanfaatk­an kehadiran mereka di kampus dengan menimba sebanyak ilmu pembelajar­an dan pengajaran yang diperolehi daripada pensyarah secara dalam talian.

“Manfaatkan masa yang ada untuk meningkatk­an ilmu mengikut norma baharu.

“Pelajar juga perlu mengambil peluang untuk mengeratka­n persahabat­an dengan rakan-rakan dari seluruh negara,” katanya.

Pada masa sama, Naib Canselor menasihatk­an pelajar agar sentiasa menjaga disiplin dan nama baik UMS serta tidak menghampak­an harapan ibu bapa yang mahukan mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tambahnya, sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Selain itu, Taufiq mahu pelajar memberikan tumpuan yang terbaik kepada tujuan utama mereka memasuki menara gading dan tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada pembelajar­an mereka.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia