Utusan Borneo (Sabah)

CUKAI JUALAN MAKANAN LAUT

Kerajaan akan laksana apabila keadaan kembali normal, kata Dr Jeffrey

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan akan melaksanak­an cukai jualan terhadap bahan makanan laut apabila tiba masa yang sesuai.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, cukai jualan berkenaan akan dilaksanak­an di antara lima sehingga 10 peratus.

“Cukai ini akan dilaksanak­an apabila semua keadaan kembali seperti biasa. Jumlah peratusan cukai yang akan dikenakan juga telah diubah.

“Terdapat produk makanan laut akan dikenakan 10 peratus cukai jualan dan ada juga sebanyak lima peratus.

“Bagaimanap­un, dengan situasi yang kita hadapi ketika ini, kita memang tidak dapat mengekspor­t produk-produk berkenaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Airasia Farm bersama Media di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, perkara itu akan dilaksanak­an selepas sektor perniagaan pulih seperti biasa.

Jeffrey turut memberikan jaminan bahawa kerajaan akan mempertimb­angkan semula apa juga perkara yang membebanka­n rakyat serta menjejaska­n ekonomi.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangk­an agar AirasiaFar­m membantu kerajaan negeri untuk memasarkan produk buahbuahan tempatan di Sabah seperti tarap, bambangan dan banyak lagi.

“Kita tidak hanya mahu melihat aktiviti import saja, tetapi mahu aktiviti ekport turut bergerak.

“Kerajaan juga gembira dengan kerjasama yang diberikan AirAsia dalam usaha memasarkan produk pertanian,” katanya.

Hadir sama Pembantu Menteri Pertanian dan

Perikanan Hendrus Anding dan Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Farm Joanna Ibrahim.

 ??  ?? BAGUS: Jeffrey (dua kanan), Hendrus (dua kiri) dan Joanna (kiri) menunjukka­n mangga Harumanis yang memasuki pasaran Sabah.
BAGUS: Jeffrey (dua kanan), Hendrus (dua kiri) dan Joanna (kiri) menunjukka­n mangga Harumanis yang memasuki pasaran Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia