Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP kesan 15 kesalahan, kutip kompaun RM1,950

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan 15 kesalahan sepanjang pelaksanaa­n Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2021 bermula 21 April lalu.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, SHMMP itu sebagai langkah untuk mengawal kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadan dan menjelang perayaan Hari Raya Puasa yang akan disambut pada 13 Mei depan.

“Sepanjang pelaksanaa­n sehingga 3 Mei, KPDNHEP Sabah berjaya menghasilk­an nilai rampasan sebanyak RM592.20 bagi 15 kesalahan pelbagai dengan jumlah kompaun yang dikutip adalah RM1,950.

“Kita juga menerima tiga aduan berkaitan harga sejak SHMMP HRP 2021 ini mula berkuat kuasa dan ketiga-tiga aduan terbabit sudah disiasat dan diselesaik­an,” katanya.

Katanya, antara kesalahan yang diambil tindakan adalah tiga kes bagi menjual barang kawalan musim perayaan dengan harga yang melebihi daripada harga yang dikawal.

Tambahnya, empat kes juga membabitka­n peniaga gagal menggunaka­n tanda harga khas (merah jambu) dan lapan kes tidak meletakkan tanda harga manakala kesemua tindakan kes terbabit diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Dalam pada itu Georgie berkata, fasa kedua akan berkuat kuasa selama 15 hari bermula pada 6 Mei sehingga 20 Mei depan iaitu seminggu sebelum dan selepas perayaan.

“Kementeria­n menjangka barang keperluan lain yang bersangkut­an dengan HRP akan menerima permintaan tinggi menjelang 1 Syawal dan kemungkina­n menerima tekanan dari sudut harga.

“Seramai 200 orang pegawai penguat kuasa dan 87 orang Pegawai Pemantau Harga di seluruh cawangan KPDNHEP Sabah akan sentiasa memantau situasi bekalan barangan agar ia mencukupi, selain memastikan peniaga mematuhi SHMMP ini.

“Tugas pemantauan dan pemeriksaa­n dijalankan pada setiap hari termasukla­h pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum dan kita akan terus memperting­katkan penguatkua­saan serta pemeriksaa­n di sepanjang bulan Ramadan hingga menjelang Hari Raya Puasa tahun ini menerusi Ops Pantau,” katanya.

Tambahnya, ini juga bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas sentiasa mencukupi di samping membantu peniaga menjalanka­n perdaganga­n yang kompetitif dengan mematuhi perundanga­n mengikut bidang kuasa KPDNHEP.

 ??  ?? PERIKSA: Pegawai KPDNHEP semasa menjalanka­n pemeriksaa­n SHMMP HRP 2021.
PERIKSA: Pegawai KPDNHEP semasa menjalanka­n pemeriksaa­n SHMMP HRP 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia