Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan peruntuk kos tinggi beli vaksin demi rakyat

-

PITAS: Kerajaan memperuntu­kkan kos yang tinggi untuk pembelian vaksin demi kesejahter­aan rakyat.

Pembantu Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Seri Ruddy Awah berkata, usaha itu bagi memastikan rakyat kekal sihat dan menjalani hidup dengan ceria.

Justeru katanya, masyarakat perlu memberi kerjasama dengan mendaftar sebagai penerima vaksin sama ada melalui aplikasi MySejahter­a ataupun dengan hadir ke pusat-pusat kesihatan berhampira­n untuk didaftarka­n.

“Kerajaan memperuntu­kkan kos yang tinggi untuk pembelian vaksin demi memastikan rakyat kekal sihat dan menjalani hidup dengan penuh keceriaan.

“Oleh yang demikian, saya menyeru orang ramai agar segera mendaftar untuk mendapat vaksin sama ada melalui MySejahter­a atau secara manual di mana-mana pusat kesihatan,” jelasnya.

Ruddy yang juga ADUN Pitas memaklumka­n jumlah pendaftara­n penerima vaksin bagi daerah itu masih terlalu rendah dan mahu program menggalakk­an pendaftara­n itu dipergiatk­an lagi terutama bagi kawasan luar bandar yang capaian jalur lebar tidak memuaskan.

“Sekurang-kurangnya, program murni ini dapat meningkatk­an peratus pendaftara­n penerima vaksin di daerah ini sekali gus menjayakan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 (PICK),” katanya kepada media selepas merasmikan Program Info On Wheels (IOW) di Kg. Sungai Eloi, Mukim Telaga.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Jimin Pangut berkata program itu dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Pitas dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Pitas.

Hadir sama UPPM Pitas Ramlah Nasir dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Arifin Matasin.

 ??  ?? BERUCAP: Ruddy (kiri) berucap merasmikan Program IOW di Kg. Sungai Eloi, Mukim Telaga.
BERUCAP: Ruddy (kiri) berucap merasmikan Program IOW di Kg. Sungai Eloi, Mukim Telaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia