Utusan Borneo (Sabah)

Batu gong unik Tambunan akan ditempatka­n semula

- Oleh Yap Siong Han

TAMBUNAN: Batu gong di Kampung Solibog di sini bakal ditempatka­n semula ke tapak yang lebih sesuai berikutan populariti produk pelanconga­n desa semakin meningkat.

Pembinaan tapak baharu hampir selesai dengan menggunaka­n peruntukan RM20,000 di bawah peruntukan khas Sabah New Deal.

Pada masa ini, batu gong ini ditempatka­n di pekarangan rumah ketua kampung.

Terletak kira-kira tujuh kilometer dari pekan Tambunan di sini, batu-batu unik yang mengeluark­an bunyi seperti gong apabila dipalu adalah di bawah penjagaan penduduk Kg Solibog.

Ditemui berhampira­n Sungai Pegalan pada tahun 1995, batu gong ini disimpan di sebuah pondok yang dibina di atas tanah milik persendiri­an untuk mengelakka­n daripada dicuri.

Presiden Persatuan Pelanconga­n Tambunan Patricia Kitingan berkata, keunikan batu ini telah menjadikan Kg Solibog sebagai satu tempat tarikan di Sabah dan mereka telah mengenal pasti tapak baru untuk memindahka­n batu gong, iaitu kira-kira 100 meter dari lokasi asal.

“Sebuah pondok baharu sedang dibangunka­n dan batu gong akan dipindahka­n antara bulan Jun atau Juli, bergantung kepada situasi pandemik. Pemindahan ini akan turut melibatkan ritual,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, pemilik tanah lokasi asal batu gong telah lama meminta batu-batu ini ditempatka­n semula di tapak yang lebih sesuai bagi memudahkan orang ramai mengunjung­i kawasan itu.

Patricia berkata, STB juga telah membantu komuniti Kg Solibog dalam menambahba­ik kemudahan awam pelanconga­n berasaskan komuniti seperti pembinaan tandas awam dan pondok pelanconga­n.

“Persatuan kami juga akan membantu komuniti mendapatka­n dana bagi membina sebuah kiosk untuk pusat ekonomi, di mana penduduk kampung dapat mempamer dan menjual hasil kraf tangan, seni, dan produk mereka yang lain.

“Pejabat daerah barubaru ini juga telah memohon sebuah dewan galeri untuk melengkapk­an produk batu gong. Ini membolehka­n penduduk kampung dan pengunjung mengadakan pembuatan kraf tangan, perhimpuna­n mini, atau mengadakan majlis perkahwina­n yang boleh menambah pendapatan ke dalam dana komuniti.

“Kami ingin meningkatk­an kehidupan penduduk kampung dan itulah sebabnya masyarakat memerlukan sokongan dari kerajaan negeri untuk membangunk­an produk dan meningkatk­an kemudahan pelanconga­n,” katanya, sambil menambah penduduk kampung juga mengambil inisiatif untuk mencatikka­n persekitar­an batu gong.

Batu-baru ini, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai, melawat Tambunan untuk meninjau produk pelanconga­n luar bandar yang berpotensi di daerah ini, termasuk batu gong.

Beliau berkata STB sentiasa mencari produkprod­uk pelanconga­n desa yang unik untuk dipromosi bagi membantu memperkasa­kan industri pelanconga­n luar bandar berasaskan komuniti.

“Saya percaya masih ramai di kalangan rakyat Sabah yang tidak tahu kewujudan batu gong ini dan saya lihat ia mempunyai potensi untuk menjadi produk tarikan pelancong bukan saja di negeri ini tapi juga dari luar.

“Kita perlu ketengahka­n produk-produk pelanconga­n yang mampu memberi pendapatan kepada komuniti dan menarik lebih ramai pengunjung untuk menjelajah kawasan luar bandar,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Joniston (empat kiri) bersama penduduk kampung memalu batu gong.
KENANGAN: Joniston (empat kiri) bersama penduduk kampung memalu batu gong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia