Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama masyarakat mampu kekang jenayah

- Oleh Yusop Teppo

KINABATANG­AN: Kerjasama masyarakat setempat berkongsi maklumat jenayah dengan pihak polis akan mampu membantu dalam pencegahan jenayah di daerah ini.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Lamag Abu Bakar Gapar berkata, kerjasama antara masyarakat dengan pihak polis sangat penting untuk mengekang masalah jenayah bagi mewujudkan suasana selamat dan harmoni.

“Masyarakat berperanan sebagai ‘mata dan teli-nga’ pihak berkuasa untuk mem- erangi sebarang bentuk kes jenayah di persekitar­an mereka,” katanya.

Beliau berkata slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ perlu diadaptasi­kan untuk pihaknya memperkuku­hkan hubungan dengan dengan pihak polis dan begitu juga pasukan polis dengan masyarakat.

“Masyarakat perlu sedar bahawa mereka juga berperanan penting untuk turut sama membantu membendung jenayah,” katanya selepas menyerahka­n sumbangan kurma dari Ahli Parlimen Kinabatang­an yang juga ADUN Lamag Dato’ Sri Bung Moktar Radin kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatang­an, kelmarin.

Abu Bakar juga turut meminta masyarakat agar mengamalka­n norma baharu dalam kehidupan harian bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Kita tiada pilihan melainkan, amalan norma baharu kehidupan dalam suasana wabak COVID-19 yang masih menular perlu diperkukuh­kan dalam kalangan masyarakat dan komuniti setempat.

“Prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan penjarakan fizikal, amalan kebersihan, pemakaian pelitup muka di samping menjauhi 3C (crowded places, confined spaces dan close conversati­on) perlu menjadi amalan di setiap masa tanpa kompromi,” katanya.

Abu Bakar berkata, kehidupan tidak seperti dahulu lagi di mana mereka yang mahu keluar berurusan atau ke tempat kerja perlu menitikber­atkan langkah berjagajag­a terutamany­a menggunaka­n pelitup muka, sanitasi dan penjarakan fizikal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan Dzulbahari­n Haji Ismail merakamkan terima kasih kepada ADUN Lamag Dato Sri Bung Moktar Radin dan ADUN Sukau Datuk Jafry Ariffin atas sumbangan yang diberikan.

 ??  ?? HARGAI: Abu Bakar menyerahka­n kurma ADUN Lamag kepada Dzulbahari­n dalam satu majlis ringkas di IPD Kinabatang­an.
HARGAI: Abu Bakar menyerahka­n kurma ADUN Lamag kepada Dzulbahari­n dalam satu majlis ringkas di IPD Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia