Utusan Borneo (Sabah)

PKBS sumbang 100 bakul makanan Ramadan

-

LAHAD DATU: Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) Lahad Datu menyumbang­kan 100 bungkusan bakul makanan Ramadan bagi menyertai program Bakul makanan Ramadan 1442H/2021M anjuran Masjid Nurul Aman yang berlangsun­g di pekarangan masjid itu baru-baru ini.

Sumbangan PKBS itu disertai 50 buah bakul makanan lagi daripada Redwan Trading disampaika­n sekali oleh Bendahari PKBS Cikgu Dermawan Haji Asaad Palancoi kepada Timbalan Pengerusi Masjid Nurul Aman Ustaz Aziz Sarail.

Pengerusi Biro Imarah Masjid itu Cikgu Ramdin Ahmad yang juga Pengerusi Pelaksana ketika ditemui pada majlis itu merakamkan ucapan terima kasih kepada PKBS, Redwan Trading, KRT Taman Aman Jaya yang turut menyumbang 70 bakul, Haji Ismail Daham pemilik Restoran Saujana dan semua penyumbang perseorang­an yang berbentuk bahan makanan dan kewangan.

“Atas sumbangan yang besar dan bermakna itu dapatlah jawatankua­sa biro ini mengagihag­ihkan kepada fakir miskin di luar dan sekitar kawasan Taman Aman,” katanya.

Tambahnya, Ahli Jawatankua­sa Masjid menyasarka­n 500 buah bakul makanan Ramadan bagi tujuan diagihagih­kan kepada masyarakat yang memerlukan di samping meringanka­n sedikit beban mereka dalam keadaan COVID-19 yang semakin meningkat di daerah ini.

Terdahulu daripada itu ahli Jawatankua­sa Biro Imarah Masjid itu juga menyumbang­kan juadah iftar untuk petugas SJR Taman Aman yang terdiri daripada PDRM, APM dan RELA yang bertugas selama 24 jam di kawasan itu.

Sepanjang program ini dijalankan turut dihadiri oleh Pengerusi Masjid Haji Yusuf Nanung, Timbalan Pengerusi Ustaz Abd Aziz Sarail, Setiausaha Ustaz Samsiddin, Bendahari Haji Jumain Eskandar, Penolong Setiausaha Arsani Alam dan Penolong Bendahari Cikgu Abdul Razak serta beberapa AJK masjid itu.

 ??  ?? TERIMA SUMBANGAN: Ustaz Aziz menerima sumbangan daripada Cikgu Darmawan disaksikan beberapa AJK masjid.
TERIMA SUMBANGAN: Ustaz Aziz menerima sumbangan daripada Cikgu Darmawan disaksikan beberapa AJK masjid.
 ??  ?? BAKUL MAKANAN: Salah seorang jawatankua­sa menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada penduduk kampung.
BAKUL MAKANAN: Salah seorang jawatankua­sa menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada penduduk kampung.
 ??  ?? JUADAH IFTAR: Penyampaia­n juadah iftar kepada SJR yang bertugas.
JUADAH IFTAR: Penyampaia­n juadah iftar kepada SJR yang bertugas.
 ??  ?? PRIHATIN: Pasukan keselamata­n yang bertugas semasa SJR tidak dilupakan.
PRIHATIN: Pasukan keselamata­n yang bertugas semasa SJR tidak dilupakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia