Utusan Borneo (Sabah)

Tradisi diteruskan, SOP dipatuhi

Program Jelajah Ramadan Parlimen Kinabatang­an dalam norma baharu

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Tradisi Program Jelajah Ramadan dalam Parlimen Kinabatang­an dilaksanak­an setiap tahun, tetapi tahun ini pelaksanaa­nnya dalam suasana norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standrad (SOP).

Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Ahli Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin berkata, sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh dua tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Wujudnya wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat termasuk umat Islam. Tidak lagi dapat berkumpul beramai-ramai dan menjejaska­n ekonomi rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, rakyat khususnya umat Islam bukan sahaja terjejas akibat wabak ini, bahkan langkahlan­gkah yang diambil bagi mengekang penularann­ya turut membatasi mereka mencari nafkah kehidupan.

Bung Moktar berkata demikian selepas ditemui melancarka­n Program Jelajah Ramadah Parlimen Kinabatang­an dan Majlis Berbuka

UMNO Bahagian Kinabatang­an, di sini, kelmarin.

Program yang dianjurkan itu dengan pematuhan SOP yang ketat hanya dihadiri oleh Ahli Jawatankua­sa UMNO Bahagian Kinabatang­an dan wakil-wakil penerima sumbangan.

Menteri Kerja Raya Sabah itu menjelaska­n tradisi program itu pendekatan­nya tahun ini telah berubah dan tidak ada lagi perkumpula­n beramai-ramai, majlis berbuka dan majlis penyerahan, sebaliknya agihan sumbangan itu akan digerakkan oleh kakitangan Pusat Khidmat Parlimen dan pemimpin masyarakat setempat.

“Kami akur banyak yang perlu kami patuhi dalam tempoh memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 ini. Namun begitu, tidak sedikit pun mematahkan semangat kami untuk terus membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Bung berharap dengan sedikit sumbangan berkenaan ia dapat meringanka­n beban keluarga yang terjejas terutamany­a golongan asnaf untuk meraikan sambutan Hari Raya Adilfitri tahun ini, walupun ianya dirayakan secara sederhana bersama keluarga terdekat.

Beliau juga turut mengingatk­an rakyat khususnya di kawasan Parlimen Kinabatang­an dalam merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

Hadir sama, Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kinabatang­an Datuk Jafry Ariffin, Naib Ketua UMNO Bahagian Haji Pg Aziz Haji Pg Damsah, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hajah Aminah Haji Johan dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Mohd Khurniawan Naim Moktar.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Bung Moktar menyampaik­an replika cek sumbangan kepada salah seorang wakil penerima, Matmin Etin.
RINGANKAN BEBAN: Bung Moktar menyampaik­an replika cek sumbangan kepada salah seorang wakil penerima, Matmin Etin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia