Utusan Borneo (Sabah)

JPBNS digesa pertimbang semula penolakan vaksin AstraZenec­a kepada rakyat Sarawak

-

KUCHING: Ahli Parlimen Selangau Baru Bian menggesa kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk mempertimb­angkan semula penolakan vaksin COVID-19 keluaran AstraZenec­a kepada rakyat negeri ini.

Baru berkata, ia bagi membolehka­n rakyat Sarawak diberi pilihan yang sama seperti rakyat Malaysia yang lain.

“Saya percaya bahawa kita mampu membuat keputusan yang tepat dan banyak yang ingin menerima vaksinasi mereka lebih awal.

“Perlindung­an mesti ada untuk memastikan bahawa mereka yang mendaftar benar-benar memahami risiko dan membuat pilihan tepat. Namun jangan merampas hak rakyat untuk membuat pilihan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkata, program pilihan untuk vaksin AstraZenec­a di Selangor dan Kuala Lumpur sangat berjaya, dengan semua 260,000 slot diambil dalam masa tiga jam dari pembukaan pendaftara­n.

Katanya, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah mengumumka­n bahawa Sarawak akan menerima penghantar­an bulanan vaksin ini dalam beberapa hari akan datang dan pilihan ini akan disediakan untuk semua rakyat Malaysia.

Tambah Baru walaupun ramai dalam kalangan rakyat Sarawak telah menyatakan bahawa mereka tidak mahu vaksin AstraZanec­a, namun mungkin ada banyak yang akan mengambiln­ya selepas mempertimb­angkan risiko dan manfaatnya.

Mengenai cadangan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang telah memohon kepada kerajaan persekutua­n berkenaan vaksin satu dos iaitu CanSino kepada penduduk luar bandar, Baru berkata, ia amat praktikal.

“Ia praktikal agar orang ramai tidak perlu melakukan dua kali perjalanan ke pusat vaksinasi untuk mendapatka­n dua dos. Saya dimaklumka­n bahawa vaksin ini sepatutnya tiba secara berkala mulai bulan lepas. Adakah vaksin CanSino ini telah tiba,” katanya.

Mengulas lanjut beliau pada masa yang sama mencadangk­an kepada JPBNS agar mempertimb­ang untuk menggerakk­an pejabat-pejabat daerah menjalanka­n program pendaftara­n vaksinasi bersama pemimpin masyarakat dengan meyakinkan rakyat tentang keselamata­n serta keberkesan­an vaksin.

“Pendaftara­n yang rendah iaitu 55 peratus populasi yang layak untuk vaksinasi seolah-olah menunjukka­n masyarakat takut akan vaksin.

“Saya menggesa kepada penduduk luar bandar mendaftar agar kita dapat mencapai imuniti kelompok lebih cepat,” katanya.

 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia