Utusan Borneo (Sabah)

Hargai pengorbana­n petugas barisan hadapan, kata Abdullah

-

KUCHING: Pengorbana­n dan komitmen yang tinggi para petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan jangkitan COVID19 wajar dihargai semua pihak, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Abdullah Saidol.

Selain menghargai petugas barisan hadapan, beliau mengingatk­an masyarakat tentang mustahakny­a mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menjayakan sasaran kerajaan untuk mengurangk­an kes COVID-19.

“Dalam kita berasa resah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berbagai sekatan, petugas barisan hadapan pula berkorban masa dan tenaga menjalanka­n tugas.

“Kita perlu menghargai pengorbana­n mereka dan untuk itu kita perlu berkorban dari segi pematuhan SOP mengekang penularan wabak COVID,” katanya ketika ditemui pada Program Terima Kasih Frontliner­s di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) Kompleks Belia dan Sukan di sini malam kelmarin.

Selepas menyampaik­an sumbangan di Kompleks

Belia dan Sukan, Abdullah yang turut disertai Pengarah UKAS Samat Junai bergerak ke Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Sagah, Jalan Sungai Tengah Matang, SJR Kampung Daun, Singai, PKRC Pusat Latihan Staf UNIMAS Bau dan SJR Jalan Bau-Serikin.

Program Terima Kasih Frontliner­s 2021 bertujuan menunjukka­n penghargaa­n dan rasa terima kasih kepada petugas barisan hadapan.

Antara lain pengisian program ini adalah penyampaia­n sumbangan kepada para petugas barisan hadapan.

Program tersebut bukan sekadar sebagai tanda penghargaa­n kepada petugas barisan hadapan malah turut mengajak masyarakat bersama-sama menghargai pengorbana­n mereka.

“Antara matlamat utama kami warga UKAS untuk menziarahi mereka selain menyampaik­an sumbangan, singgah sekejap dan bertanya khabar adalah membawa mesej kepada masyarakat untuk bersama-sama menghargai pengorbana­n mereka yang bertungkus-lumus 24 jam menjalanka­n tanggungja­wab,” katanya.

Program ini menurutnya turut akan diadakan pada 5 Mei di Miri dan pada 6 Mei di Sibu.

 ??  ?? PENGORBANA­N DIHARGAI: Abdullah dan Samat ketika menyampaik­an sumbangan kepada para petugas kesihatan PKRC Kompleks Belia dan Sukan malam kelmarin.
PENGORBANA­N DIHARGAI: Abdullah dan Samat ketika menyampaik­an sumbangan kepada para petugas kesihatan PKRC Kompleks Belia dan Sukan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia