Utusan Borneo (Sabah)

Swinburne kongsi kegembiraa­n Ramadan dengan pemberian bubur lambuk

-

KUCHING: Sempena bulan Ramadan, Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) baru-baru ini telah menganjurk­an aktiviti amal ‘SwinCARE Bubur Lambuk 2.0’ untuk berkongsi kegembiraa­ndengankom­uniti terdekat dengan mengagihka­n bubur lambuk secara ‘drivethru’.

Menurut kenyataann­ya semalam, bubur lambuk merupakan hidangan juadah berbuka puasa tradisi yang popular.

Justeru, menerusi aktiviti amal itu turut memberi peluang kepada pelajar dan kakitangan antarabang­sa Swinburne merasai juadah tempatan itu.

“Bubur yang disediakan oleh tukang masak daripada servis katering terpilih disimpan di dalam bekas makanan terlebih dahulu.

“Sejumlah 650 bekas makanan tersebut diagihkan kepada pelajar dan kakitangan universiti itu serta wakil daripada sembilan organisasi.

“Mereka adalah Sarawak Cheshire Home, Sarawak Society for the Blind, PERKATA Special School (Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak), Salvation Army, Islamic Informatio­n Centre, Borneo Medical Centre (BMC) Kuching, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuching,” kata kenyataan itu.

Kesemua wakil organisasi tersebut menerima set masing-masing secara pandu lalu di mana lokasi kutipan terletak di Dewan Serba Guna

Kampus Swinburne di Jalan Simpang Tiga.

Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Profesor John Wilson mengetuai aktiviti pengagihan tersebut.

Beliau diiringi Pendaftar dan Pengarah Perhubunga­n Pelajar Esty Sharkawi, Pemangku Pengarah Pemasaran dan Pengambila­n Pelajar Caren Wong dan Presiden Kelab Rekreasi Kakitangan Mohamad Safaree Sapuan.

Menurut Pengurus Pelajar Sentral Perhubunga­n Pelajar merangkap pengerusi majlis Ruhazlina Syam Abdol Hazis, bubur lambuk tersebut dikongsi dengan jiran terdekat Swinburne terutama mereka yang bertugas di barisan hadapan dan golongan yang kurang bernasib baik agar mereka turut merasai kegembiraa­n berbuka puasa.

Wakil KWSP Kuching, Penolong Kanan Pegawai Sekuriti Muhammad Nawawi Ahmad berkata, acara pandu lalu itu merupakan pengalaman yang menarik dan beliau berterima kasih kepada Swinburne atas jemputan tersebut.

Penolong Pegawai Pemasaran BMC Fong Yi Ci memuji usaha Swinburne dalam memastikan aktiviti itu berjalan lancar dari zon kutipan sehingga zon keluar manakala Pengetua PERKATA Doreen Tie pula mengulas bahawa aktiviti itu diatur dengan baik dan masa menunggu untuk setiap organisasi disingkatk­an.

Aktiviti amal itu dianjurkan oleh Perhubunga­n Pelajar dan dibantu oleh Kelab Rekreasi Kakitangan, Pemasaran dan

Pengambila­n Pelajar dan Majlis Pelajar Swinburne Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari _ HYPERLINK “http:// www.swinburne.edu. my” _www.swinburne. edu.my_, laman Facebook (@swinburnes­arawak), Instagram (@ swinburnes­arawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? SEDEKAH: Mohamad Safaree (kiri) bersama ahli komuniti yang terlibat dalam SwinCARE Bubur Lambuk 2.0.
SEDEKAH: Mohamad Safaree (kiri) bersama ahli komuniti yang terlibat dalam SwinCARE Bubur Lambuk 2.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia