Utusan Borneo (Sabah)

Lampu neon dan LED ganti pelita minyak tanah

Rata-rata pemilik rumah memilih menghiasi rumah masing-masing dengan sinaran lampu tenaga elektrik

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Penggunaan lampu neon dan diod pemancar cahaya (LED) semakin menjadi pilihan ramai dalam menghiasi laman rumah menggantik­an pelita minyak tanah bagi meraikan Aidilfitri yang bakal menjelma.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar kawasan kampung dan perumahan di sini, mendapati rata-rata pemilik rumah memilih untuk menghiasi rumah masing-masing dengan sinaran lampu tenaga elektrik.

Ismail Mohd Idris, 54, dari Kampung Kudei Lama berkata, penggunaan lampu moden lebih menjimatka­n berbanding lampu minyak tanah.

“Kesukaran mendapatka­n bahan bakar (kerosin) ditambah lagi dengan harganya yang mahal menyebabka­n saya memilih lampu elektrik sebagai alternatif lain untuk memeriahka­n suasana sambutan Aidilfitri.

“Bayangkan dahulu, saya perlu berbelanja kira-kira RM50 untuk membeli dua gelen minyak kerosin bagi isian penuh 50 pelita selama empat hari.

“Tetapi dengan penggunaan lampu elektrik, saya tidak perlu lagi berbelanja berlebihan, malah ia bertahan lama,“katanya.

Ismail mengakui penggunaan pelita tradisiona­l adalah lebih meriah kerana ia mencermink­an adat tradisi orang Melayu ketika raya menjelma, namun dengan keadaan semasa dan harga bahan bakar mengehadka­n penggunaan pelita dalam sambutan raya kini.

“Tambahan pula generasi belia kini kurang didedahkan dengan tradisi asal menyebabka­n mereka tidak

Kesukaran mendapatka­n bahan bakar (kerosin) ditambah lagi dengan harganya yang mahal menyebabka­n saya memilih lampu elektrik sebagai alternatif lain untuk memeriahka­n suasana sambutan Aidilfitri. Ismail Mohd Idris Penduduk Kampung Kudei Lama

berminat meneruskan legasi budaya lama menyambut Aidilfitri,” jelasnya yang mula menggunaka­n lampu LED sepenuhnya dua tahun lalu.

Bagi Siti Nuraini Bashar Mohd Yusuf, 25 dan Mohd Nazrul Kaderi, 26 yang baru mendirikan rumah tangga berkata, penggunaan lampu elektrik menggantik­an pelita merupakan perkara biasa bagi mereka tatkala menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kami menggunaka­n lampu elektrik kerana ia lebih mudah dan selamat malah ia masih mengekalka­n ‘mood’ suasana sambutan Aidilfitri.

“Meskipun bagi segelintir masyarakat Melayu yang mewajibkan penggunaan pelita untuk menggambar­kan kemeriahan suasana raya, bagi kami, guna lampu kelipkelip atau LED pun sudah memadai,” jelas mereka.

Apatah lagi lampu elektrik kini boleh didapati dengan pelbagai corak dan bentuk seperti bintang, jala, cili dan macam-macam lagi, kata pasangan itu yang tinggal di Taman Mawar Gita di sini.

Sementara itu, Hilman Hasif Mohamed Nasran, 26, berkata, kebiasaan dia dan keluarga mula menyalakan lampu LED pada 10 malam terakhir Ramadan bagi menandakan raya sudah hampir menjelma.

“Tiga, empat tahun dahulu memang kami guna pelita untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun sejajar dengan peredaran masa, lampu LED menjadi pilihan.

“Setidak-tidaknya, ia masih membangkit­kan suasana musim perayaan walaupun kita terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” Katanya.

Walaupun Aidilfitri kali ini dilihat kurang meriah, beliau harap pengunaan lampu LED atau lampu kelip-kelip boleh menceriaka­n suasana perayaan.

 ??  ?? BERCAHAYA: Laman rumah Ismail dihiasi dengan lampu neon menggantik­an pelita minyak tanah.
BERCAHAYA: Laman rumah Ismail dihiasi dengan lampu neon menggantik­an pelita minyak tanah.
 ??  ?? PERSIAPAN: Siti Nuraini bersama suaminya, Mohd Nazrul sibuk memasang lampu LED bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
PERSIAPAN: Siti Nuraini bersama suaminya, Mohd Nazrul sibuk memasang lampu LED bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
 ??  ?? CANTIK: Hilman menunjukka­n rumahnya yang dipenuhi dengan hiasan lampu moden.
CANTIK: Hilman menunjukka­n rumahnya yang dipenuhi dengan hiasan lampu moden.
 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL
 ??  ?? SITI NURAINI
SITI NURAINI
 ??  ?? HILMAN
HILMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia