Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP Miri umum 23 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri

-

MIRI: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) kelmarin menyenarai­kan 23 barangan harga terkawal di bahagian ini sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri berkuat kuasa 6 Mei hingga 20 Mei.

Pejabat KPDNHEP Cawangan Miri dalam kenyataan medianya di sini, kelmarin menyenarai­kan barangan harga terkawal itu ialah ayam hidup RM6.70 manakala harga borong RM6.

Lapan jenis barangan lain yang turut disenaraik­an di bawah skim ini sepanjang tempoh tersebut ialah ayam standard (disembelih dan dibersihka­n berserta kaki, kepala, hati dan hempedal) yang ditetapkan pada harga runcit RM8.50 sekilogram.

Ayam super (disembelih dan dibersihka­n tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) ditetapkan pada harga runcit RM9.50 manakalaha­rgaborongR­M8.50, harga runcit telur ayam gred A pula ialah 39 sen sebiji (harga borong 37 sen sebiji), telur ayam gred B pula 38 sen sebiji (harga borong 36 sen sebiji) dan gred C ialah 37 sen sebiji (harga borong 35 sen sebiji).

Daging lembu import, harga runcit ditetapkan pada RM27 sekilogram manakala harga borong ialah RM25 sekilogram.

Harga runcit bagi ikan kembung termasuk ikan mabung ditetapkan pada RM11 sekilogram manakala harga borong RM10 sekilogram dan barangan kesembilan yang disenaraik­an ialah ikan selayang, ditetap harga runcit RM9 manakala harga borong RM7 sekilogram.

Turut disenaraik­an pada harga runcit tomato RM7 sekilogram, cili merah RM20 sekilogram, kubis bulat import RM4 sekilogram, timun RM4 sekilogram, halia tua RM11 sekilogram, terung panjang RM10 sekilogram manakala kelapa biji dijual pada harga RM1.30 sebiji pada harga borong, kelapa parut dijual RM5 sekilogram pada harga runcit.

Bawang merah besar import dijual pada harga RM4 sekilogram pada harga runcit, bawang besar (Holland) RM5 sekilogram, bawang putih RM8.50 sekilogram, ubi kentang import RM3.50 sekilogram, cili kering RM17 sekilogram dan kacang tanah RM9 sekilogram.

KPDNHEP Bahagian Miri juga mengingatk­an para peniaga agar sentiasa mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencat­uan 2011, tidak menjual harga barang kawalan melebihi had ditetapkan, selain meletakkan tanda harga merah jambu pada barangan kawalan.

Peniaga juga perlu memastikan barangan berkenaan mencukupi di pasaran dan menggunaka­n alat timbang dan sukat yang telah ditentusah­kan KPDNHEP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia