Utusan Borneo (Sabah)

Kenaikan harga bahan binaan: Cadangan klausa perubahan harga wajar diperhalus­i

-

KUCHING: Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia mencadangk­an supaya satu klausa perubahan harga (Variation of Price-VOP) diperuntuk­kan kepada projek-projek kerajaan sekurang-kurangnya bagi tempoh pelaksanaa­n PKP.

Pemberian VOP ini dijangka akan mengurangk­an tekanan dan beban kewangan kepada kontraktor­yangterjej­asdengan kenaikan harga bahan binaan dan memastikan projek yang sedang dilaksanak­an dapat disiapkan mengikut jadual.

“Pihak CIDB sedia maklum tentang kenaikan harga bahan binaan di pasaran yang merupakan kesan daripada pandemik COVID-19 yang dialami seluruh dunia.

“Tidak dinafikan kenaikan harga bahan binaan boleh menjejaska­n aliran kewangan penggiat industri di sepanjang rantaian bekalan sektor pembinaan dan kenaikan ini dijangka akan dipindahka­n kepada pengguna akhir.

“Isu ini tentunya mencetuska­n pelbagai kesan sampingan kepada semua penggiat industri dalam situasi semasa pandemik yang mencabar,” kata Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Datuk Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dalam satu kenyataan kelmarin.

CIDB mendapati kenaikan harga bahan binaan ini memberi kesan berbeza kepada kontraktor gred kecil dan besar, tegasnya.

Setiap pengeluar akan memberikan kadar diskaun yang berbeza kepada pembeli tertakluk kepada kuantiti, terma bayaran dan rekod pembelian dan pembayaran sebelumnya.

Contohnya, kenaikan harga yang tinggi mungkin dirasai dalam pembelian kuantiti kecil manakala harga untuk pembelian pukal pula tidak menunjukka­n perubahan ketara.

Faktor lain yang dilihat turut mempengaru­hi peningkata­n harga adalah peningkata­n kos bahan mentah, stok bahan binaan yang terhad serta kos sampingan perniagaan.

“CIDB dijangka akan mengadakan perbincang­an dengan Kementeria­n Perdaganga­n

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam masa terdekat bagi melihat cara terbaik membantu kontraktor-kontraktor kecil yang terjejas disebabkan kenaikan harga bahan binaan ini,” kata Ahmad ‘Asri.

Sementara itu, para kontraktor dinasihati supaya berhati-hati dalam memberi sebut harga kepada pelanggan bagi memastikan mereka bersedia dengan kemungkina­n kenaikan harga berdasarka­n harga bahan binaan semasa.

Bagi kontrak yang sedang berjalan, kontraktor dinasihati berunding semula dengan pelanggan berdasarka­n kenaikan harga yang terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia