Utusan Borneo (Sabah)

Wanita sebabkan kematian seorang lelaki kena penjara lapan tahun

-

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun terhadap seorang wanita, 33, kerana menyebabka­n kematian seorang lelaki pada Februari tahun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Marutin Pagan menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, Sandra Siman yang mengaku bersalah atas pindaan tuduhan melakukan pembunuhan yang tidak disengajak­an yang bukan merupakan pembunuhan yang dijelaskan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Tuduhan itu memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Marutin turut memerintah­kan hukuman penjara tertuduh dijalankan dari tarikh penangkapa­nnya pada 15 Februari lalu.

Sandra yang menganggur melakukan kesalahan itu pada 15 Februari jam 12.10 tengah hari di Rumah Temuai, Jalan Selirik di Kapit dengan menyebabka­n kecederaan pada badan yang mungkin menyebabka­n kematian Albert Brau, 46.

Siasatan polis mengenai kes tersebut menunjukka­n bahawa pada hari kejadian, tertuduh bersama penyewa rumah penginapan itu yang bernama Saun Tunggong sedang memotong sayur di dapur.

Mangsa yang mabuk pada mulanya bertengkar dengan Saun kerana tidak berpuas hati ditegur semasa mengambil air minum dari peti sejuk milik Saun serta menutup pintu peti sejuk itu dengan kasar.

Saun yang merupakan saksi utama kes itu, memberi keterangan bahawa sebelum meninggalk­an dapur, mangsa telah menolak kepala tertuduh yang menyebabka­nnya terjatuh.

Pisau yang digunakann­ya untuk memotong sayur juga terlepas dari tangannya.

Mangsa kemudian mencabar tertuduh untuk menikamnya menggunaka­n pisau jika ingin melawannya.

Tertuduh mengambil pisau itu dan melibas ke arah belakang di mana mangsa berdiri lalu terkena bahagian kiri perutnya.

Tertuduh bangun dan bertanya kepada mangsa mengapa dia mengganggu­nya dan menarik pisau dari perut mangsa.

Dia juga memberitah­u Saun bahawa dia akan pergi ke balai polis untuk melaporkan perkara itu sementara mangsa dihantar ke Hospital Kapit dan kemudian dirujuk ke Hospital Sibu pada hari yang sama.

Mangsa bagaimanap­un meninggal dunia pada 16 Februari jam 12.06 pagi ketika menerima rawatan.

Bedah siasat oleh pakar forensik Dr Norliza Ibrahim mendedahka­n mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalam perut yang disebabkan oleh pisau berbilah satu.

Timbalan pendakwa raya Heng Yi Min mengadili kes itu sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia