Utusan Borneo (Sabah)

BPR fasa dua kepada 8.4 juta penerima dibayar mulai Jumaat

Semakan status boleh dibuat melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my

-

KUALA LUMPUR: Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secara berperingk­at mulai Jumaat ini kepada 8.4 juta penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata bantuan itu akan memanfaatk­an 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.

Bayaran akan dikreditka­n terus kepada akaun bank penerima antara 7 hingga 12 Mei, sementara bayaran bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Mei.

Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai

Jumaat ini melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.

“Peningkata­n peruntukan adalah berikutan penambahba­ikan kadar bayaran kepada penerima. Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarka­n kelayakan setiap penerima,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tengku Zafrul berkata mereka yang telah ditolak permohonan­nya berpeluang mengemukak­an rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) mulai 15 hingga 30 Jun.

BPR fasa satu berjumlah RM1.93 bilion telah pun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Feb sehingga 1 April.

Setakat Mei 2021, jumlah keseluruha­n bantuan langsung kerajaan merangkumi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dan BPR fasa satu dan dua yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.

Menurutnya kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntuk­kan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahter­aan rakyat.

Jadual nilai pembayaran BPR fasa dua mengikut kategori kelayakan dan maklumat lanjut boleh dirujuk di portal rasmi BPR, https://bpr.hasil. gov.my. — Bernama

Peningkata­n peruntukan adalah berikutan penambahba­ikan kadar bayaran kepada penerima. Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarka­n kelayakan setiap penerima. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia