Utusan Borneo (Sabah)

Status OKU bukan alasan tidak bayar zakat fitrah: Atlet Paralimpik

-

IPOH: Biarpun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), atlet paralimpik Perak Mohamad Fakrulradz­i Zahari tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungja­wab membayar zakat fitrah pada bulan Ramadan.

Mohamad Fakrulradz­i, 24, yang ketiadaan keduadua belah kakinya sejak dilahirkan, berkata sebagai ketua keluarga kepada ibu dan kakaknya, telah menjadikan beliau lebih berdikari dalam melaksanak­an tuntutan agama dan tanggungja­wab buat keluarga.

“Saya cuma tiada kaki tetapi anggota badan lain lengkap. Zakat fitrah ini diwajibkan bagi yang berkemampu­an (bersyarat) untuk membantu orang susah, asnaf atau anak yatim. Lagipun, zakat ini hanya setahun sekali dan bayarannya juga bukan mahal dan mampu untuk dibayar.

“Kalau mampu bayar zakat fitrah, pastikan kita bayar bagi menolong orang yang susah dan memerlukan bantuan,” kata atlet paralimpik dalam kategori angkat berat itu kepada Bernama selepas melakukan lafaz akad fitrah di Masjid Al Ansar, di sini semalam.

Mohamad Fakrulradz­i menjalani pembedahan pemotongan kedua-dua belah kaki ketika berusia lima tahun kerana dilahirkan dengan keadaan kaki yang tidak sempurna.

Atlet itu berkata kehendak menjalanka­n tuntutan agama dan menyempurn­akan rukun

Islam adalah bergantung kepada diri sendiri selain faktor kewangan selagi tidak menyusahka­n orang ramai.

“Namun sekiranya OKU yang benar-benar sakit sehingga hanya terlantar tanpa boleh melakukan apa-apa, itu tidak mengapalah. Tetapi jika boleh bersiar-siar di luar, pastikan bayaran zakat dibuat sebagai tanggungja­wab umat Islam,” katanya. — Bernama

 ??  ?? ZAKAT: Orang Kurang Upaya (OKU) Mohamad Fakrulradz­i Zahari, 24, (kiri) mengaminka­n doa yang dibaca Amil Zakat, Abd Aziz Abd Rahman, 70 selepas melakukan lafaz akad fitrah di Masjid Al Ansar Meru Semalam.
ZAKAT: Orang Kurang Upaya (OKU) Mohamad Fakrulradz­i Zahari, 24, (kiri) mengaminka­n doa yang dibaca Amil Zakat, Abd Aziz Abd Rahman, 70 selepas melakukan lafaz akad fitrah di Masjid Al Ansar Meru Semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia