Utusan Borneo (Sabah)

KPLB baik pulih 8,291dan bina 1,428 rumah PPRT: Henry

-

BANGI: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) telah membaik pulih 8,291 rumah dan membina 1,428 rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sepanjang tahun lepas.

TimbalanMe­nterinyaDa­tuk Henry Sum Agong berkata ia memberi manfaat kepada lebih 48,000 golongan miskin dan miskin tegar.

“KPLB juga telah membina Jalan Luar Bandar (JALB) sepanjang 182.85 km yang memberi manfaat kepada 42,700 penduduk di kawasan luar bandar untuk ke kawasan bandar dan tempat awam lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Majlis Perhimpuna­n Bulanan KPLB dan KPLB Learning Hub di Institut Kemajuan Desa (INFRA) di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata KPLB juga telah menyediaka­n kemudahan bekalan air bersih kepada 10,917 rumah yang memberi manfaat kepada 54,585 penduduk luar bandar di seluruh negara.

Katanya Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) turut melaksanak­an pelbagai projek pada tahun lepas termasuk Projek Kelestaria­n Tanah, Projek Agrotek Desa, Projek Pertanian Petani Luar Bandar dan Program Bantuan Projek Ekonomi.

KPLB membelanja­kan 92 peratus iaitu RM5.16 bilion daripada peruntukan bagi pembanguna­n luar bandar di negara ini pada tahun lepas.

Dalam pada itu, Henry berkata penghijrah­an penduduk bandar ke luar bandar pada 2018 yang tinggi iaitu 19.5 peratus berbanding 4.8 peratus bagi penghijrah­an penduduk luar bandar ke bandar membuktika­n berlaku peningkata­n kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar.

KPLB Learning Hub merupakan platform pembelajar­an digital talian berkualiti tinggi, yang menyerupai EPembelaja­ran Sektor Awam (EPSA) dengan kandungan Percipio Skillsoft dan boleh diakses melalui https://kplblearni­nghub.percipio.com.

Ia menyediaka­n kemudahan akses program latihan digital kepada warga KPLB, jabatan dan agensi yang boleh diakses secara fleksibel selain mewujudkan platform penawaran latihan atau program pembanguna­n kompetensi berbentuk dalam talian, video dan bahan multimedia.

Henry berkata, KPLB Learning Hub secara langsung menyumbang ke arah melengkapi Revolusi Industri 4.0 dalam usaha menjadikan perkhidmat­an awam terus maju seiring dengan hasrat kerajaan seperti yang digariskan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Jelasnya, seramai 1,300 warga KPLB terlibat dalam pembelajar­an digital mulai bulan ini sehingga April 2022.

KPLB Learning Hub berkenaan akan menjimatka­n masa 40 hingga 60 peratus berbanding pembelajar­an konvension­al dalam kelas dengan kos kewangan rendah dan menjadi keperluan dalam era norma baharu bagi membendung penularan COVID-19. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Henry Sum Agong (tengah) melakukan lawatan Asrama Institut Kemajuan Desa (INFRA) selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar di INFRA semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Henry Sum Agong (tengah) melakukan lawatan Asrama Institut Kemajuan Desa (INFRA) selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar di INFRA semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia