Utusan Borneo (Sabah)

Bekas petinju Olimpik didakwa bunuh kekasih hamil

-

SAN JUAN: Bekas petinju Olimpik dari Puerto Rico, Felix Verdejo didakwa kelmarin atas tuduhan membunuh kekasihnya dan anak mereka yang masih dalam kandungan, dalam satu kes yang mencetuska­n kemarahan terhadap keganasan ke atas wanita di wilayah Amerika Syarikat (AS).

Verdejo hadir bagi perbicaraa­n maya di mahkamah persekutua­n di San Juan, di mana hakim mendakwany­a atas tiga tuduhan menculik dan membunuh Keishla Rodriguez, yang sedang mengandung ketika itu.

Hakim Camille Velez mengarahka­n Verdejo yang berusia 27 tahun ditahan tanpa ikat jamin sebelum satu perbicaraa­n rayuan, lapor akhbar tempatan El Nuevo Dia.

Satu aduan persekutua­n yang diperolehi oleh AFP menyatakan bahawa Verdejo, yang sudah berkahwin dan menjalin hubungan dengan Rodriguez, didakwa menculik mangsa pada 29 April selepas wanita itu meminta bantuannya menggugurk­an kandungan.

“Verdejo, yang dalam kariernya telah memenangi 27 perlawanan, 17 dengan ‘knockout’, menumbuk muka mangsa yang kemudian disuntik dengan satu picagari yang berisi dengan sejenis bahan,” menurut afidavit daripada ejen Biro Penyiasata­n

Persekutua­n (FBI) yang mengetuai siasatan.

Menurut afidavit itu, Verdejo dan seorang saksi mengikat tangan dan kaki Rodriguez dengan wayar, dan kemudian mengikatny­a pada sebuah bongkah.

Selepas itu mereka memandu ke sebuah lagun di San Juan, di mana mangsa dihumban dari tepi jambatan ke dalam air, menurut afidavit itu.

Verdejo kemudian menembak Rodriguez yang berada di dalam air.

FBI menemui bukti bahawa Verdejo dan Rodriguez, 27, telah berhubung melalui telefon pada hari penculikan.

Satu kamera keselamata­n menunjukka­n sebuah kereta yang sama dengan kereta petinju itu berada di atas jambatan.

Rodriguez dilaporkan hilang pada Khamis dan mayatnya ditemui di lagun San Jose pada Sabtu.

Keluarga Rodriguez mempersala­hkan petinju itu bagi kehilangan­nya dan kemudian kematianny­a.

Kes tersebut mencetuska­n protes di Puerto Rico, yang mana gabenornya Pedro Pierluisi mengumumka­n perintah darurat pada Januari disebabkan oleh keganasan ke atas wanita.

Verdejo mewakili Puerto Rico dalam Sukan Olimpik London 2012, dan pada tahun yang sama memulakan karier profesiona­lnya dalam kategori ‘lightweigh­t’.

Petinju itu, yang kariernya telah menurun selepas terlibat dalam kemalangan motosikal pada 2016, boleh berdepan dengan hukuman mati sekiranya didapati bersalah.

Pada Khamis lepas, hari ketika Rodriguez hilang, pihak berkuasa Puerto Rico turut menemui mayat rentung seorang lagi wanita, Andrea Ruiz, di pekan Cayey.

Seorang lelaki berusia 40 tahun, yang Ruiz sebelum ini pernah memfailkan satu aduan terhadapny­a, ditangkap dua hari kemudian.

“Di sini terdapat satu keganasan seksis yang berasal dari zaman lepas, yang harus dibanteras,” tegas Pierluisi pada sidang media kelmarin. “Ia adalah satu budaya yang harus diperbetul­kan.” — AFP

 ??  ?? VERDEJO
VERDEJO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia