Utusan Borneo (Sabah)

Landasan kereta api runtuh di Mexico, 13 maut, 70 cedera

Misi dilancar untuk menyelamat­kan mangsa yang terperangk­ap

-

KOTA MEXICO: Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan puluhan yang lain cedera dalam kejadian landasan kereta api runtuh di selatan Kota Mexico kelmarin, kata pihak berkuasa.

Rakaman kamera keselamata­n yang disiarkan oleh media tempatan menunjukka­n gerabak terhumban ke tanah di selatan bandar itu.

“Setakat ini, kiraan awal mengesahka­n 13 orang kehilangan nyawa mereka dan 70 yang lain cedera,” ciap jabatan pertahanan awam bandar tersebut di Twitter.

Setiausaha kerajaan Kota Mexico Alfonso Suarez del Real berkata, anggota bomba dan penyelamat sedang menjalanka­n misi untuk menyelamat­kan mangsa yang terperangk­ap. — AFP

WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata ditembak oleh ejen Biro Penyiasata­n Persekutua­n (FBI) kelmarin selepas satu kekecohan selama beberapa jam di pintu pagar masuk ke ibu pejabat Agensi Perisik Pusat (CIA), menurut FBI.

Lelaki yang tidak dikenali itu telah dihalang dari memandu melepasi pagar depan ke dalam kawasan hutan yang luas bagi CIA hanya di luar Washington pada awal tengah hari kelmarin.

Kakitangan keselamata­n dilaporkan selama beberapa jam cuba berunding dengan lelaki itu agar menyerahka­n diri.

FBI menyatakan dalam satu kenyataan bahawa individu tersebut keluar dari kenderaann­ya sambil membawa sejenis senjata dan dihalang oleh anggota penguat kuasa undang-undang.

“Subjek tercedera dan dihantar ke sebuah hospital bagi rawatan perubatan.”

Sebelum itu, seorang jurucakap CIA menyatakan mereka telah menyedari situasi tersebut di luar lingkungan selamat di kawasan berkenaan, beberapa ratus meter dari bangunan utama agensi tersebut.

“Kawasan kami masih terjamin selamat, dan Pegawai Pelindung Keselamata­n kami yang menguruska­n insiden adalah kakitangan agensi yang terlibat secara langsung,” kata mereka.

Kawalan keselamata­n telah diperketat­kan sejak beberapa tahun di CIA, yang terletak di Langley, Virginia tidak jauh dari sebatang jalan raya sibuk.

Pada 1993, seorang lelaki Pakistan, Mir Aimal Kansi, menembak mati dua kakitangan agensi dan mencederak­an tiga yang lain ketika mereka sedang duduk di dalam kereta dan menunggu di lampu isyarat untuk memasuki kawasan tersebut.

Kansi melarikan diri ke Pakistan dan hanya ditemui serta ditangkap empat tahun kemudian.

Dia kemudian diekstradi­si ke Amerika Syarikat, di mana dia disabitkan bagi pembunuhan dan dijatuhkan hukuman mati pada 2002. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RUNTUH: Anggota bomba dan penyelamat menjalanka­n misi untuk menyelamat­kan mangsa yang terperangk­ap selepas landasan kereta api runtuh di selatan Kota Mexico kelmarin.
— Gambar AFP RUNTUH: Anggota bomba dan penyelamat menjalanka­n misi untuk menyelamat­kan mangsa yang terperangk­ap selepas landasan kereta api runtuh di selatan Kota Mexico kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia