Utusan Borneo (Sabah)

30 terkorban dalam serangan di timur Burkina Faso

-

OUAGADOUGO­U: Sekumpulan anggota pelampau disyaki membunuh kira-kira 30 orang dalam satu serangan di timur Burkina Faso kelmarin, kata sumber tempatan dan keselamata­n, dalam apa yang akan menjadi salah satu serangan paling berdarah dalam sejarah negara itu.

“Sekumpulan individu bersenjata menyerang kampung Kodyel di daerah Foutouri pada pagi ini, menyebabka­n beberapa kematian di kalangan populasi awam,” seorang sumber keselamata­n wilayah memberitah­u AFP.

Seorang anggota kumpulan pertahanan diri tempatan mengesahka­n serangan itu, menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 20 hingga 30 orang terkorban.

“Ia berlaku pada awal pagi ini ketika beberapa orang masih berada di kediaman mereka. Sekumpulan lelaki menyerbu masuk ke dalam kampung dan membakar beberapa rumah, sementara yang lain berdiri melihat dan menembak penduduk secara rambang.”

Seorang lagi anggota militia pertahanan awam VDP di daerah Foutouri turut mnganggark­an kira-kira 30 lelaki dan wanita maut, namun angka tersebut hanya sementara kerana semua orang sudah melarikan diri dari kampung.

Di samping itu seramai 20 tercedera, beberapa orang daripada mereka dalam keadaan serius,” tambah anggota sukarelawa­n kedua, mengadu bahawa laporan mereka mengenai militan di kawasan tersebut dan ancaman terhadap penduduk kampung telah diabaikan.

Namun sumber keselamata­n menyatakan bahawa operasi untuk menjaga keselamata­n populasi dan mengesan individu tersebut telah dilancarka­n secepat mungkin ketika anggota sukarela membangkit­kan perkara tersebut.

Anggaran bagi jumlah yang terkorban akan menjadikan serangan kelmarin sebagai salah satu yang paling teruk pernah berlaku di Burkina Faso.

Ia muncul hanya seminggu selepas tiga rakyat Eropah, dua wartawan Sepanyol dan seorang aktivis hidupan liar Ireland, dibunuh dalam satu serangan hendap ke atas pasukan peronda antipembur­uan haram.

Sebuah negara miskin di barat Afrika, Burkina Faso seperti negara jirannya Mali dan Niger mengalami serangan kumpulan pelampau sejak 2015.

Antara peristiwa yang paling teruk sejak beberapa tahun adalah serangan pada Hari Tahun Baharu 2019 di utara Burkina, ketika sekurang-kurangnya 50 nyawa terkorban dalam keganasan antara kaum yang berlaku selepas penyerang tidak dikenali membunuh enam orang termasuk seorang ketua kampung.

Pada November tahun tersebut, 37 orang terbunuh dan 60 yang lain cedera dalam serangan hendap ke atas satu konvoi pekerja dari sebuah syarikat perlombong­an Kanada di bahagian timur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia