Utusan Borneo (Sabah)

SPRM Kedah sita wang tunai, aset RM8.1 juta sepanjang tahun ini

-

JITRA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menyita dan membekukan wang tunai dan aset berjumlah RM8.1 juta berkaitan kes rasuah, salah guna kuasa dan tuntutan palsu di negeri ini dari awal tahun sehingga kini.

Pengarahny­a Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, bagi tempoh itu juga pihaknya telah menahan 47 individu termasuk 26 penjawat awam, dengan 33 kertas siasatan telah dibuka.

“Daripada 33 kertas siasatan yang dibuka itu, 24 daripadany­a adalah bagi kesalahan menerima rasuah, manakala selebihnya berkaitan kesalahan memberi suapan, tuntutan palsu dan salah guna kuasa.

“Sebanyak 21 pertuduhan pula telah dibuat di mahkamah berdasarka­n beberapa seksyen di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf sempena Program Ziarah Kasih Ramadan 1442H SPRM Kedah di Changlun, dekat sini semalam.

Dalam pada itu, Shaharom Nizam menyeru semua pihak terutama penjawat awam untuk melaporkan kepada SPRM sekiranya mempunyai maklumat berkaitan aktiviti rasuah supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Katanya, SPRM Kedah juga baru-baru ini telah mengambil inisiatif melancarka­n kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah Kedah (GEMPARK) yang bertujuan mendidik penjawat awam dan masyarakat untuk menolak sebarang bentuk tawaran atau pemberian rasuah. — Bernama

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki disyaki terbabit dalam insiden memukul seorang lelaki warga asing di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, yang tular di media sosial kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kesemua warga tempatan berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun terbabit ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan.

Beliau berkata seorang daripadany­a telah dijamin polis kelmarin memandangk­an dia merupakan pemilik premis di tempat kejadian.

“Manakala lima yang lain dibawa ke Mahkamah Kajang dan dibenarkan reman selama sehari,” katanya.

Kelmarin tular sebuah video dipercayai dirakam berdurasi selama seminit 21 saat memaparkan seorang warga asing dipukul sekumpulan lelaki di kaki lima sebuah kedai dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang. — Bernama

IPOH: Polis memberkas tiga lelaki tempatan dalam dua serbuan berasingan di Bercham dan Tambun, di sini, akhir bulan lepas, selepas dipercayai terlibat mencuri duit di kedai dobi layan diri selain memecah masuk kediaman serta premis perniagaan, di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata dalang utama iaitu seorang lelaki berumur 25 tahun ditahan di sebuah rumah di Bercham, 25 April lepas, manakala dua yang lain, berumur 21 dan 26 tahun, ditahan sejurus kemudian pada hari sama di kawasan Tambun.

“Siasatan mendapati lelaki terbabit (dalang utama) merupakan tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dari Selangor mulai 4 Mac tahun lepas atas kesalahan mencuri dan mempunyai 29 kes lampau termasuk berkaitan dadah.

“Lelaki ini dipercayai menggunaka­n kepakarann­ya untuk merekrut ahli geng,” katanya pada sidang media di sini semalam dan menambah bahawa keduadua lelaki yang ditahan di Tambun turut mempunyai rekod jenayah.

Beliau mendedahka­n antara modus operandi mereka adalah menyewa sebuah kereta Volkswagen Tiguan sebelum berkeliara­n menghidu peluang bagi melakukan jenayah di kawasan Tambun, Ampang Baru, Simpang Pulai serta Kampung Rapat, sejak 10 April lepas.

Menurutnya bagi mengelakka­n kegiatan tersebut dihidu polis, kesemua lelaki terbabit akan bergerak pada waktu malam atau awal pagi untuk mencuri duit dan barang berharga di dobi layan diri, inap desa dan lot perniagaan dalam 16 kes yang dilaporkan dengan anggaran kerugian berjumlah RM50,000.

Selain penahanan ketigatiga lelaki terbabit, polis turut merampas pelbagai peralatan untuk memecah masuk kediaman atau premis perniagaan selain barangan elektronik, kotak rokok, botol minuman keras dan dokumen peribadi, katanya.

A.Asmadi berkata ketiga-tiga lelaki itu kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala pihaknya kini sedang mengesan seorang lagi individu berumur 25 tahun yang dipercayai turut terlibat dalam kegiatan tersebut. — Bernama

 ??  ?? TUMPAS: ACP A. Asmadi (kanan) menunjukka­n barangan yang dirampas pada sidang media mengenai kes pecah kedai dobi dan kedai runcit di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, dekat Ipoh semalam.
TUMPAS: ACP A. Asmadi (kanan) menunjukka­n barangan yang dirampas pada sidang media mengenai kes pecah kedai dobi dan kedai runcit di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, dekat Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia