Utusan Borneo (Sabah)

Pembayaran zakat: Majikan disaran laksana pemotongan gaji

-

KUALA LUMPUR: Majikan dan ketua organisasi disaran untuk melaksanak­an pemotongan gaji pekerja beragama Islam, untuk pembayaran zakat.

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (PPZMAIWP) Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee berkata, langkah itu dapat menambah kutipan zakat bagi membantu lebih ramai asnaf, sekali gus memberi kesedaran kepada pekerja mengenai kewajipan membayar zakat.

“Membayar zakat merupakan tanggungja­wab setiap orang Islam dan ia berperanan membangunk­an ekonomi umat Islam terutama semasa pandemik COVID-19, yang mencatatka­n peningkata­n golongan asnaf.

“Kadar zakat hanya 2.5 peratus sahaja daripada harta atau pendapatan. Kadar ini bukanlah satu kadar yang membebanka­n pembayar zakat. Jika tidak pernah (membayar zakat), sebaiknya mulakan sekarang pada bulan ini,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Beliau berkata pemimpin sepatutnya menunjukka­n contoh teladan kepada pekerja Islam, dengan membuat pemotongan zakat pendapatan sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah pendapatan kasar atau bersih masing-masing.

Melalui langkah ini, sasaran 500,000 pembayar zakat oleh PPZ-MAIWP dapat dicapai, seterusnya memastikan sasaran nilai kutipan zakat sebanyak RM800 juta tahun ini dipenuhi.

Selain itu, beliau berkata PPZ-MAIWP menyasarka­n kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM120 juta sepanjang bulan Ramadan.

Syed Ali berkata, orang ramai digalakkan melunaskan tanggungja­wab membayar zakat menerusi pelbagai kemudahan yang disediakan, seperti kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari sepanjang Ramadan, perkhidmat­an Kaunter Zakat Digital dan perkhidmat­an ‘pintu ke pintu’.

Bayaran zakat juga boleh dibuat menerusi saluran bayaran dalam talian di laman web www.fitrah.zakat.com. my atau www.zakat.com.my dan ejen kutipan zakat iaitu melalui perbankan internet bagi 15 bank serta e-dompet Boost, Shopee dan GoPayz. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia