Utusan Borneo (Sabah)

Zakat Melaka sasar kutipan zakat fitrah RM5 juta tahun ini

-

BACHOK: Seramai 17.7 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat kelmarin.

Timbalan Ketua Perangkawa­n (Program Sosial dan Pembanguna­n Teknikal) Nazaria Baharudin berkata jumlah tersebut mewakili 50 peratus jumlah keseluruha­n rakyat negara ini yang sudah dibanci.

“Sejumlah 17.7 juta atau 54 peratus daripada 32.7 juta penduduk negara ini sudah selesai dibanci. Baki 50 peratus lagi penduduk yang perlu dibanci akan dilakukan sehingga akhir Jun, namun sekiranya ada keperluan baki yang tidak sempat diselesaik­an akan dilaksanak­an sehingga Julai.

“Bancian 2020 penting bagi kerajaan merancang fasiliti yang diperlukan seperti kemudahan kesihatan kepada warga emas, sekolah dan taska dalam tempoh sembilan tahun akan datang. Jika ada yang enggan mendaftar mereka juga akan rugi kerana sukar bagi kerajaan melaksanak­an projek pembanguna­n yang diperlukan setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Turun Padang Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di Kampung Balai, Tawang, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah

DOSM Kelantan Zuraidy Zainal Abidin.

Mengulas mengenai Banci 2020 di Kelantan, Nazaria berkata kerjasama yang diberi penduduk negeri ini sangat baik apabila seramai 1.4 juta daripada 1.9 juta rakyat Kelantan sudah menunaikan tanggungja­wab mereka.

“Sudah 1.4 juta rakyat Kelantan melibatkan 419,000 kediaman telah dibanci. Malah kawasan seperti Jajahan Kecil Lojing, Jajahan Jeli, Jajahan Tanah Merah, Jajahan Tumpat, Jajahan Pasir Puteh dan Jajahan Machang proses banci sudah selesai.

“Jajahan Kota Bharu pula sudah 98 peratus, Jajahan Gua Musang (98 peratus), Jajahan Kuala Krai (97 peratus), Jajahan Pasir Mas (98 peratus) dan Jajahan Bachok (81 peratus),” katanya. — Bernama

MELAKA: Zakat Melaka menyasarka­n kutipan zakat fitrah sebanyak RM5 juta tahun ini berbanding RM4.5 juta pada tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Ibrahim Fadzil.

Beliau berkata walaupun negara masih lagi berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19, namun umat Islam dilihat mempunyai kesedaran dan memberi komitmen tinggi dalam melaksanak­an rukun Islam keempat itu.

Selain itu, trend pembayaran zakat secara dalam talian juga semakin meningkat menerusi pelbagai plaftorm yang disediakan Zakat Melaka sekali gus memberi kemudahan kepada orang ramai, kata beliau.

“Kaunter pembayaran zakat fitrah juga dibuka di kilang-kilang, pasar Ramadan, pasar raya dan sebagainya dan tahun ini seramai 953 amil iaitu golongan pemungut zakat dilantik di negeri ini bagi memudahkan urusan umat Islam melaksanak­an tuntutan itu.

“Selain itu jumlah pembayar zakat RM14 juga menunjukka­n pertambaha­n dalam kalangan umat Islam di negeri ini dan kita percaya sasaran itu tidak mustahil dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pautan Kasih Ramadan bersama anak-anak fakir, miskin dan yatim anjuran Zakat Melaka di Bukit Baru, di sini semalam.

Sementara itu, Ibrahim berkata seramai 100 murid sekolah dari tiga daerah negeri ini terpilih dan diraikan dalam program itu bagi membeli kelengkapa­n pakaian serta diberi duit raya sempena ketibaan Syawal. — Bernama

Bancian 2020 penting bagi kerajaan merancang fasiliti yang diperlukan seperti kemudahan kesihatan kepada warga emas, sekolah dan taska dalam tempoh sembilan tahun akan datang. Jika ada yang enggan mendaftar mereka juga akan rugi kerana sukar bagi kerajaan melaksanak­an projek pembanguna­n yang diperlukan setiap tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia