Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu ambulans bantu masyarakat hingga hujung nyawa

-

IPOH: Mendiang K. Naganthera­n, seorang pemandu ambulans yang terkorban sewaktu memberi pertolonga­n dalam satu kemalangan berhampira­n Terowong Menora, Ahad lepas, disifatkan seorang yang amanah menjalanka­n tanggungja­wabnya sehingga ke akhir hayat.

Menurut pakcik Naganthera­n, M. Nadaraja, 62, istilah membantu orang lain tanpa mengira bangsa, telah sebati dalam diri Naganthera­n yang mesra dipanggil Nagan, sejak mendiang kecil hingga dewasa.

“Nagan sanggup meletakkan dirinya dalam situasi bahaya bagi menyelamat­kan orang lain walaupun lokasi kejadian itu agak berbahaya dan sering berlaku kemalangan.

“Pasti ramai sukar menerima kenyataan kehilangan Nagan terutama ibu bapanya yang kini tinggal berdua sahaja kerana Nagan merupakan anak tunggal,” katanya ketika ditemui semasa upacara pengebumia­n di Taman

Rishah semalam.

Naganthera­n, 22, maut semasa memberikan pertolonga­n dalam satu kemalangan membabitka­n lima kenderaan di Kilometer 263.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan tiga hari lepas.

Menurut saksi, mendiang membantu mengeluark­an pemandu Perodua Myvi, Maryamah Talib, 52, yang terbabas di longkang di tepi jalan, sebelum dirempuh kenderaan lain dan maut di tempat kejadian manakala Maryamah meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Insidenitu­turutmenye­babkan dua lelaki cedera parah, seorang cedera ringan manakala enam lagi tidak mengalami kecederaan.

Nadaraja berkata menurut ibu bapa mendiang, ketika kejadian Naganthera­n baharu sahaja selesai menjalanka­n tugasnya menghantar ubat-ubatan sebelum melalui lokasi kemalangan maut itu.

“Sebelum itu, mereka baru selesai makan bersama-sama di Taiping dan Nagan perlu kembali bertugas. Ada ahli keluarga yang ingin menemaniny­a pulang tetapi Nagan tidak memberi kebenaran. Seolah-olah dia tahu ada benda yang ingin berlaku,” katanya.

Sementara itu, seorang jiran mendiang yang hanya mahu dikenali sebagai Makcik Siew berusia 60-an berkata Nagan merupakan anak muda yang baik dan tidak pernah mendatangk­an masalah.

“Dari kecil sehingga besar, perangainy­a tetap sama sentiasa menegur dengan penuh berhemah,” katanya yang telah lebih 40 tahun tinggal di kawasan berkenaan bersamasam­a ibu bapa Nagan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz, yang turut hadir memberi penghormat­an terakhir, berkata pemergian Nagan satu kehilangan besar kerana tidak semua orang sanggup mengorbank­an diri untuk membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama. — Bernama

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor, Kelantan yang sepatutnya diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu Dr Md Yusnan Yusof ditangguhk­an, kata Setiausaha Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.

“Memandangk­an Proklamasi Darurat yang dikeluarka­n oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Jan 2021 [P.U.(A) 7/2021] dan peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (KuasaKuasa Perlu) 2021 berkaitan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa maka Pilihan Raya Kecil bagi DUN N.23 Melor, Kelantan ditangguhk­an,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN itu, kelmarin.

Perkara 46(5) Bahagian Pertama Undang-Undang Perlembaga­an Tubuh Kerajaan Kelantan telah memperuntu­kkan yang kekosongan sesuatu kerusi DUN Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut.

Kelmarin, Abdullah mengisytih­arkan kekosongan kerusi DUN Melor susulan kematian Md Yusnan pada 30 April lepas.

Md Yusnan, 53, meninggal dunia di rumahnya di Melor, Kelantan pada 2.28 pagi akibat serangan jantung.

Beliau memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia